HarmonyOS dari Huawei dikatakan pada awalnya sebuah sistem operasi yang diwujudkan selepas diharamkan di US dan tidak dibenarkan lagi menggunakan lesen Android.

Hakikatnya, sistem operasi ini bukanlah sebuah alternatif yang baru. Sebaliknya ianya hanya sekadar sebuah sistem operasi Android yang telah diubahsuai.

Hal ini telah diketemukan oleh Ron Amadeo dari Ars Technica melalui beta sistem operasi berkenaan. Antara perkara diketengahkan oleh beliau termasuklah;

  • Akses pembangun perlu melalui semakan latar belakang selama dua hari dengan dikehendaki menyertakan salinan pasport, kad pengenalan dan maklumat kad kredit kepada Huawei
  • Beta OS berkenaan tidak dioperasi secara emulator dan ianya distreamkan terus kepada anda. Lebih kurang sama seperti cara Google Stadia.
  • HarmonyOS kelihatan seperti Android 10 yang diubahsuai dengan perkataan “Android” digantikan dengan “Harmony”

Sistem operasi ini bagaimanapun dijangkakan akan popular di China seperti kebanyakan produk Huawei lain. Ianya lebih kepada kesinambungan dari Huawei EMUI dengan bezanya, kemungkinan lambat untuk menerima kemaskini Android melalui Open Source Android Project (AOSP).

Anda boleh membaca perincian lebih lanjut penemuan yang dibuat oleh Ron Amadeo di Ars Technica.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.