ios 14.5 face id unlock face mask

Apple hari ini telah meluncurkan beta pembangun iOS 14.5 yang pertama dengan memperkenalkan beberapa penambahbaikan. Antara yang paling bermanfaat kepada pengguna adalah fungsi nyahkunci iPhone secara Face ID dengan memakai pelitup muka.

Fungsi ini bagaimanapun hanya boleh digunakan jika pengguna iPhone berkenaan turut memakai Apple Watch. Asalkan Apple Watch berkenaan juga telah pun dinyahkunci. Pengguna hanya perlu melihat terus pada iPhone seperti biasa untuk terus menggunakannya.

Kami difahamkan fungsi ini perlu dihidupkan secara manual terlebih dahulu. Ini bertujuan membolehkan Face ID meneruskan proses menyahkunci dengan pengesahan identiti selanjutnya pada Apple Watch yang berhampiran.

Nyahkunci Face ID dengan pelitup muka ini bagaimanapun hanya terhad untuk tujuan membuka iPhone sahaja. Fungsi lain seperi membuat pengesahan pembelian App Store masih lagi perlu dinyahkunci dengan mengecam wajah sepenuhnya oleh Face ID.

Selain dari peningkatan pada Face ID, iOS 14.5 turut membawakan sokongan untuk alat kawalan Xbox Series S/X dan PlayStation 5 ke iPhone dan iPad.

Tidak ketinggalan, kemaskini ini membawakan ketersesuaian dengan aplikasi senaman Fitness+.

Paling mustahak pada kemaskini ini adalah pelaksanaan pematuhan App Tracking Transparency. Ini bakal mewajibkan pembangun aplikasi untuk meminta persetujuan dari pengguna sebelum mengumpulkan identifikasi pengguna untuk pengiklan.

Imej cover dari Aly Song [Reuters]

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.