Utama Android Honor HONOR Magic 6 Pro kini boleh didapati menerusi CelcomDigi, Maxis, U Mobile...

HONOR Magic 6 Pro kini boleh didapati menerusi CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes

48
0

KUALA LUMPUR, 5 April – HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat sejak dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Kini, flagship terbaharu dalam Siri Magic ini boleh didapati menerusi pelan pascabayar dengan CelcomDigi, Maxis, Umobile dan Yes. Berikut pakej pascabayar yang ditawarkan empat syarikat telekomunikasi tersebut. 

Bawa pulang HONOR Magic6 Pro pada harga RM50 sebulan dengan CelcomDigi

Alami kehebatan HONOR Magic6 Pro dari hanya RM50 sebulan. Dapatkan hadiah percuma bernilai RM898, Internet 5G/4G Tanpa Had bersama rebat bulanan RM10 menerusi pelan CelcomDigi pascabayar 5G di Easy360. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan tersebut, layari rasmi CelcomDigi

Dapatkan data 5G tambahan 200GB dengan pelan Pascabayar Maxis RM109

Bawa pulang HONOR Magic6 Pro dengan pelan Maxis Pascabayar 109. Pelanggan akan menikmati data 5G 200GB, panggilan tanpa had dan SMS untuk hanya RM109 sebulan. Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di laman web Maxis

Nikmati data besar 1,000GB dengan pelan U Postpaid 98

Miliki HONOR Magic6 Pro dengan pascabayar Unbeatable 5G U Postpaid. Dengan ansuran 0% pada hanya RM129 sebulan, nikmati data berkelajuan tinggi 5G 1,000GB menerusi UltraHotspot 5G untuk penyambungan pelbagai peranti dan perayauan global percuma di 63 destinasi. Alami ketersambungan dan ciri terbaik hari ini! Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi U Mobile.

HONOR Magic6 Pro dengan data dan panggilan tanpa had pada RM60 sebulan

Dapatkan HONOR Magic6 Pro dengan hanya RM60 sebulan menerusi pelan Yes Infinite+ Premium pascabayar 118. Nikmati data dan kelajuan 5G dan 4G tidak ditutup, panggilan tanpa had dan data hotspot 80GB untuk pakej menarik ini. Lawati laman web rasmi Yes 5G di yes.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan ini.

Dengan pelan pascabayar yang menarik, terdapat beberapa sebab anda harus memiliki HONOR Magic6 Pro! 

HONOR Magic6 Pro didatangi Kamera Tele-falcon 180MP yang mampu menangkap gambar jarak jauh dengan jelas dan terang. Ia digandingkan dengan Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menghasilkan gambar lebih menarik dan bermakna menjadikan HONOR Magic6 Pro sangat sesuai untuk fotografi sukan. 

Dari segi ketahanan, Pelindung HONOR NanoCrystal melindungi paparan peranti ini sepuluh kali ganda lebih tahan jatuh berbanding kaca biasa. Pelindung HONOR NanoCrystal menerima pensijilan Overall Glass Drop Resistance Ability lima bintang dari SGS yang menjamin ketahanan dalam pelbagai senario.

Mengenai bateri pula, HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh untuk kuasa sepanjang hari. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mencapai bateri penuh dalam masa kurang 40 minit agar pengguna sentiasa berhubung sepanjang hari.

HONOR Magic6 Pro dikuasakan dengan Android 14 dan cipset mudah alih Snapdragon 8 Gen 3. Sistem operasi Magic OS 8.0 membolehkan pengguna berhubung, seterusnya melakukan tugas dengan cepat dan di hujung jari. Dengan ciri Magic Portal, pengguna cuma perlu seret alamat dalam mesej teks ke Google Maps untuk navigasi mudah. Selain itu, perkongsian kandungan juga lebih lancar dengan hanya perlu seret teks atau imej ke post media sosial atau emel.

HONOR Magic6 Pro hadir dengan RAM 12GB dan storan 512GB pada harga RM4,499. Peranti ini tersedia dalam warna menawan Epi Green dan Black.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, layari www.honor.com/my 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.