Utama Teknologi Google pun sukakan Nasi Lemak! Doodle khusus untuk meraikan makanan kegemaran rakyat...

Google pun sukakan Nasi Lemak! Doodle khusus untuk meraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia

1254
0

Google pada hari ini membuat sebuah kejutan untuk sebahagian rakyat Malaysia apabila menghasilkan Google Doodle untuk meraikan nasi lemak. Sebagaimana yang kita ketahui, Google senantiasa akan mengemaskini Doodle di bahagian carian muka utamanya menggantikan logo yang biasa dilihat dari masa ke semasa.

Menariknya, Google Doodle nasi lemak ini bukan sekadar memaparkan imej pegun. Ianya turut diselitkan dengan animasi berkenaan nasi lemak yang kelihatan begitu cantik serta memiliki ciri keunikannya yang tersendiri. Pemilihan nasi lemak ini sesuai dengan identiti masyarakat majmuk Malaysia dan ianya mampu dijadikan sebagai simbol penyatuan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang majoritinya pencinta nasi lemak.

Sumber berita diperoleh dari Google

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.