Utama Mobile iOS Apple ambil keputusan untuk turunkan harga jualan iPhone di luar Amerika Syarikat

Apple ambil keputusan untuk turunkan harga jualan iPhone di luar Amerika Syarikat

973
0

Jualan iPhone merosot sebanyak 15 peratus bagi tempoh suku keempat tahun 2018 berbanding pada tahun sebelumnya. Antara faktor yang memberi kesan terhadap kemerosotan hasil jualan iPhone adalah disebabkan oleh kadar tukaran matawang antara Dollar dengan matawang lain yang terlalu tinggi menjadikan harga jualan iPhone menjadi terlalu tinggi di kebanyakan negara selain dari Amerika Syarikat.

Menyedari tentang perkara ini di dalam satu wawancara dengan Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook menyatakan pihaknya sedang mengkaji semula harga jualan iPhone di luar Amerika Syarikat.

Oleh kerana penetapan harga bagi iPhone dibuat berdasarkan matawang Dollar Amerika Syarikat, pengukuhan nilai matawang berkenaan dengan matawang utama lain menjadikan harga iPhone di rantau lain melonjak naik.

Menurut kenyataan Tim Cook yang dipetik oleh Reuters, “We’ve gotten into January and assessed the macroeconomic condition in some of those markets, we’ve decided to go back to more commensurate with what our local prices were a year ago in hopes of helping the sales in those areas.”

Bagaimanapun, Tim Cook tidak menyatakan secara terperinci sama ada iPhone model baru akan terlibat dalam kajian semula harga ini atau kesemua model iPhone akan terlibat sama. Juga tidak dinyatakan di pasaran mana yang akan terlibat di dalam rancangan menurunkan harga iPhone ini.

Sumber berita diperoleh dari Reuters

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.