Utama Android Sony Pra-tempahan Sony Xperia 5 IV kini dibuka; Berharga RM4,899

Pra-tempahan Sony Xperia 5 IV kini dibuka; Berharga RM4,899

604
0
Sony Xperia 5 IV Price Malaysia

Sony telah mengumumkan Xperia 5 IV awal bulan lepas dengan menyatakan ia akan hadir ke pasaran tempatan sekitar suku keempat tahun ini. Kini, Sony telah berkongsikan pra-tempahan bagi telefon pintar berkenaan menerusi video pendek 15 saat.

Sony Xperia 5 IV hadir dengan paparan OLED 6.1-inci bersama-sama kadar penyegaran semula 120Hz yang kini 50% lebih cerah berbanding model sebelumnya. Skrin telefon pintar ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.

Di dalamnya pula, disediakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bersama-sama RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan slot kad mikro SD sehingga 1TB sebagai ruangan storan tambahan. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar yang juga boleh secara berbalik.sony-xperia-5-iv-preorder malaysia

Untuk kameranya pula, Sony Xperia 5 IV menampilkan tetapan tri-kamera yang mengandungi satu lensa 24mm, satu lensa telefoto 60mm yang tiada zum optikal dan satu lensa bersudut lebar 16mm. Pada hadapannya pula disediakan sebuah kamera yang ditempatkan pada bingkai sebelah atasnya.sony-xperia-5-iv-black malaysia

Harga Sony Xperia 5 IV di Malaysia

Sony Xperia 5 IV dijual pada harga RM4,899 bersama-sama tawaran hadiah percuma dalam bentuk LinkBuds S, kad isian semula Touch ‘n Go bernilai RM50, clear casing premium dan pelindung skrin terbaja. Tawaran percuma ini tersedia selagi stok masih ada.

Pra-tempahan ini dibuka sehingga 24 Oktober dan seterusnya mula menemui pengguna selepas dari tarikh tersebut. Anda yang berminat boleh mengunjungi laman web rasmi Sony Malaysia di https://store.sony.com.my/products/xperia-5-iv?fbclid=IwAR0YrLalOvk3nZHHRT2GdkIoIUFhXZvwzq8O9AIykrQiNfzIF2hp857l6Ss

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.