Google kini telah menyediakan fungsi kawalan ibu bapa bagi ibu bapa yang inginkan peranti-peranti yang digunakan oleh anak-anak dipantau. Dikenali sebagai Family Link, fungsi ini menyediakan kemudahan buat ibu bapa yang zaman ini yang sentiasa sibuk dengan kerjaya.
Oleh kerana akaun Google hanya bagi pengguna yang berusia 13 tahun dan ke atas, Family Link membolehkan ibu bapa mewujud dan menguruskan akaun anak-anak mereka serta mengetahui tempoh penggunaan peranti berkenaan.
Sama ada memeriksa aktiviti pada peranti, masa yang diluangkan pada aplikasi-aplikasi, mengunci peranti sewaktu makan malam atau ketika perlu menyiapkan kerja rumah – mengawal selia penggunaan peranti oleh anak-anak adalah suatu keperluan bagi ibu bapa. Berikut adalah sebahagian dari fungsi-fungsi yang disediakan oleh Family Link.
Menguruskan aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh anak-anak: Membenarkan atau menyekat aplikasi-aplikasi yang ingin dimuat turun dari Google Play Store
Memantau tempoh penggunaan telefon pintar: Mengetahui berapa lama masa yang diluangkan oleh anak-anak pada aplikasi kegemaran mereka melalui laporan aktiviti secara mingguan atau bulanan. Serta menghadkan tempoh masa penggunaan harian.
Setkan ‘masa tidur’ telefon pintar: Mengunci telefon pintar anak-anak secara jarak jauh apabila tiba waktu untuk anak-anak pergi bermain, buat kerja rumah dan masuk tidur.
Bagi ibu bapa, Family Link boleh digunakan pada telefon pintar Android (versi KitKat 4.4 dan ke atas) dan iOS (9 dan ke atas). Untuk anak-anak pula, Family Link boleh dipasangkan pada kesemua telefon pintar Android 7.0 Nougat dan ke atas. Hanya sebahagian sahaja telefon pintar Android 6.0 Marshmallow yang boleh dipasangkan aplikasi ini, iaitu:
- Alcatel Dawn
- Alcatel Fierce 4
- Alcatel Pixi unite
- LG K3
- LG Stylo 2 Plus
- LG X Power
- Samsung Galaxy Luna
- Samsung Galaxy Tab A
- Sony Xperia X
[box type=”download” align=”aligncenter” class=”” width=””]Muat turun Family Link di Google Play Store[/box]
Sumber berita diperoleh dari Google Blog