Utama Internet Google mendedahkan logo baru sempena penstrukturan semula di bawah Alphabet

Google mendedahkan logo baru sempena penstrukturan semula di bawah Alphabet

723
2

Gergasi enjin carian, Google sebelum ini mendedahkan rekaan baru akan diperkenalkan terhadap produk-produk penghasilannya selepas penstrukturan semula di bawah satu organisasi lebih besar yang dinamakan sebagai Alphabet.

Logo baru yang menggunakan font jenis sans-serif diperkenalkan oleh Google semalam dan ia merupakan rekaan semula paling drastik semenjak 1999.

Google menyatakan bahawa rekaan terbaru akan menyusul ke produk-produk lain sempena penstrukturan baharu ini yang mampu membawa gergasi enjin carian ini ke mercu era yang gemilang. Halaman utama Google memperkenalkan logo baru ini melalui satu animasi yang menunjukkan logo lama dipadam dan digantikan dengan lukisan logo yang baharu.

“Google telah mengalami perubahan yang amat besar sepanjang 17 tahun yang lalu – dari rangkuman produk-produk hinggalah kepada perubahan rupa bentuknya (Google has changed a lot over the past 17 years – from the range of our products to the evolution of their look and feel. And today we’re changing things up once again),” ujar syarikat ini melalui kenyataannya di dalam entri blognya.

“Ia bukan sekadar menyatakan kepada anda bahawa anda sedang menggunakan Google, malah ia juga menunjukkan kepada anda bahawa Google sedang melakukan kerja untuk anda. Misalnya, elemen baharu seperti mikrofon Google yang berwarna-warni membantu anda melakukan pengecaman dan berinteraksi dengan Google melalui cara percakapan, sentuhan skrin mahupun melalui menaip. Selain itu, kami juga telah meninggalkan ikon huruf ‘g’ kecil yang berwarna biru dengan menggantikannya dengan huruf ‘G’ yang menggabungkan keempat-empat warna logo baharu ini (It doesn’t simply tell you that you’re using Google, but also shows you how Google is working for you. For example, new elements like a colorful Google mic help you identify and interact with Google whether you’re talking, tapping or typing. Meanwhile, we’re bidding adieu to the little blue ‘g’ icon and replacing it with a four-color ‘G’ that matches the logo),”

Logo Google telah mengalami pelbagai perubahan-perubahan yang kecil sepanjang sejarahnya, baik dari segi warna, rupa bentuk huruf 3D yang kemudiannya diratakan serta tanda seru yang pernah wujud dan kemudiannya hilang sejak dari tahun 1999.

Google kini dimiliki oleh Alphabet, sebuah syarikat pemegangan yang diwujudkan oleh pengasas Google sendiri, Sergey Brin dan Larry Page untuk mengasingkan perbelanjaan di antara syarikat yang menjana keuntungan besar seperti enjin carian dengan syarikat yang memerlukan belanja yang sangat besar seperti projek kereta pandu sendiri, kajian perubatan dan belon udara panas yang menyalurkan talian internet percuma.

-Sumber info diperoleh dari Google Blog

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.