Utama Internet Google Chrome bakal tamatkan Sokongan untuk Windows XP, Vista dan OS X...

Google Chrome bakal tamatkan Sokongan untuk Windows XP, Vista dan OS X 10.8 pada April 2016

981
2

Bagi pengguna Google Chrome pada sistem operasi yang lama, anda perlu maklum bahawa kemaskini untuk pelayar berkenaan akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi. Blog rasmi Google Chrome mengumumkan bakal menamatkan sokongan untuk sistem-sistem operasi Windows XP, Windows Vista dan Mac OS X 10.6, 10.7, 10.8 pada April 2016.

Bagaimanapun, pelayar berkenaan masih lagi boleh berfungsi seperti biasa. Cuma, ia tidak lagi dapat sebarang kemaskini terbaru dari Google.

Pada asalnya, Google Chrome menyatakan untuk menamatkan sokongan kemaskini terhadap pelayarnya pada Windows XP pada April 2014 seiring dengan hasrat awal Microsoft yang sebelum ini ingin menamatkan sokongan sistem operasi berkenaan dalam bulan yang sama. Namun, sokongan tersebut telah dilanjutkan sehingga April 2015 dan kemudian dianjakkan tarikh sehingga April 2016.

Untuk sistem operasi Mac pula, Apple kebiasaannya hanya akan menyokong tiga versi sistem operasinya yang paling terkini. Oleh itu, sokongan untuk Mac OS X 10.8 akan tamat sebaik sahaja versi 10.11 El Capitan dilancarkan. Bagi versi 10.6 dan 10.7 pula, ia sememangnya sudah lama tidak diambil tahu oleh Apple.

-Sumber berita diperoleh dari Blog Google Chrome

2 KOMEN

    • Windows 10 ni, antara kelebihannya adalah tempoh boot time yg lebih pantas. Maksudnya, nak hidupkan dan shut down dia lebih cepat dari XP.

      Lagi satu, dia ada apps-apps yang boleh diintegrasikan dengan sesetengah apps kat dalam smartphone.

      Lain-lain features, Windows 10 lebih ciri keselamatannya berbanding OS-OS yang terdahulu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.