Utama Mobile Aplikasi Google akan perkenalkan Mod jimat RAM dan Bateri dalam Chrome

Google akan perkenalkan Mod jimat RAM dan Bateri dalam Chrome

259
0
Memory Saver Google Chrome

Pelayar Google Chrome seringkali dijadikan bahan jenaka kerana kuat menggunakan memori (RAM) di dalam komputer anda. Tidak kira seberapa besar RAM yang anda sediakan pada peranti, nescaya akan digunakan oleh Chrome hampir sepenuhnya.

Kini, Google akhirnya telah menawarkan penyelesaian terhadap isu tersebut dengan memperkenalkan mod Memory Saver di dalam pelayar tersebut. Mod berkenaan secara asasnya mengosongkan memori yang digunakan dari tab-tab yang anda tidak gunakan atau tidak aktif pada ketika itu.

Jika anda memasuki semula ke dalam tab yang tidak aktif itu tadi, Chrome akan memuatkan semula tab berkenaan. Menurut Google, Memory Saver mampu menjadikan Chrome dapat menjimatkan sehingga 10GB memori ketika pengguna melayari laman web.Battery Saver Google Chrome

Selain itu, turut diperkenalkan mod Energy Saver yang secara automatik menjimatkan penggunaan bateri laptop anda. Ia berfungsi dengan mengurangkan aktiviti latar belakang disamping turut mengurangkan kesan khas visual yang melibatkan animasi jika bateri peranti anda berada di paras bawah 20%.Google Chrome Memory Battery Saver

Fungsi baharu ini akan diperkenalkan ke Google Chrome versi berikutnya untuk Windows, MacOS dan ChromeOS dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang. Bagi anda yang mementingkan prestasi terbaik kerana mempunyai peranti berimpak tinggi dengan jumlah RAM yang besar, anda masih boleh mematikan kedua-dua fungsi berkenaan jika tidak berkenan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.