Utama Perkakasan Gigabyte Gigabyte lancarkan AORUS Radeon RX 6700XT Elite; Berharga RM3,759

Gigabyte lancarkan AORUS Radeon RX 6700XT Elite; Berharga RM3,759

154
0

Gigaybyte secara rasminya telah melancarkan kad grafik AORUS Radeon RX 6700XT Elite. Seperti kebanyakan kad-kad grafik AMD berprestasi tinggi lain yang terkini, ianya didatangkan dengan kaedah dan ciri-ciri penyejukan yang tersendiri.

AORUS Radeon RX 6700XT Elite dilengkapkan dengan kaedah penyejukan kipas ganda tiga bersama-sama pencahayaan LED RGB pada setiap kipasnya. Kipas-kipas berkenaan turut menggunankan putaran bersilih ganti untuk sistem penyejukannya Windforce 3X.

Kad grafik yang dibina berdasarkan senibina GPU 7nm RDNA2 ini turut dilengkapkan dengan cache infinity 96MB, 2560 pemprosesan hiliran, 40 pemecut Ray, 192-bit bas memori dan memori grafik GDDR6 12GB.

Dari segi kelajuan, klok kad grafik ini boleh dipertingkatkan pada 2622MHz dan klok permainan pada 2548MHz. Untuk output, kad grafik ini mempunyai dua DisplayPort 1.4a dan dua HDMI 2.1.

Kad grafik Gigabyte AORUS Radeon RX 6700XT Elite kini sudah memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM3,759.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.