Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan Juara Internet Untuk Semua, satu kempen yang membolehkan pelanggan kekal terhubung dengan mudah di musim penuh aksi ini.
Kempen ini menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk pilihan rangkaian telefon pintar dan peranti percuma, Internet tambahan di samping penjimatan yang lebih besar, sekaligus menjadikannya sebuah kempen yang memenuhi keperluan semua, sama ada untuk persiapan meraikan musim bola sepak akan datang, atau menonton drama terbaharu serta bermain permainan video yang terkini.
Bermula pada hari ini hingga 18 Disember 2022, semua pelanggan Digi baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran menarik berikut:
Peranti PERCUMA untuk dimiliki!
Pelanggan kini mempunyai seleksi pilihan peranti percuma yang lebih banyak dengan pelan Pakej PowerJimat dan Family Unlimited.
- iPad PERCUMA (Generasi ke-9, WiFi, 64GB, harga pasaran yang disyorkan (RRP): RM1499) untuk pelanggan yang mendaftar pelan Digi Postpaid Family Unlimited bagi kontrak 24 bulan, eksklusif di Digi Store sahaja.
- Pelanggan juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy A03 secara PERCUMA (RRP: RM549), Redmi 10A (RRP: RM549), vivo Y02s (RRP: RM499) atau vivo Y16 (RRP: RM599) dengan Digi Postpaid 60 di bawah Pakej PowerJimat.
- Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy A13 secara PERCUMA (RRP: RM799) dengan Digi Postpaid 90 di bawah Pakej PowerJimat, termasuk rebat sebanyak RM15/bulan.
- Baucar diskaun RM200 GadgetFreedom Plus untuk pembelian telefon pintar tanpa kontrak.
Sambungan berterusan dengan Internet Tanpa Had
Sama ada untuk menonton perlawanan bola sepak atau K-drama atau bermain permainan video sepanjang malam, pelanggan Digi boleh melakukannya tanpa bimbang dengan tawaran Internet tanpa had Digi.
- Untuk masa terhad, pelan Digi Postpaid Infinite kembali menawarkan Internet dan panggilan tanpa had, bermula daripada RM55/bulan. Pelan ini boleh didapati di Digi Store untuk 5,000 pelanggan pertama sahaja.
- Pelan Digi Postpaid 60 kini mempunyai pilihan tambahan Unlimited Gaming Freedom, selain daripada Unlimited Sosial atau Streaming, memberikan pelanggan pengalaman bermain permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile tanpa gangguan.
- Ciri tambahan Unlimited Streaming Freedom telah dipertingkatkan lagi untuk menyokong lebih banyak aplikasi penstriman video seperti Astro GO, YouTube Kids, YouTube Gaming, DailyMotion dan Viu, yang membolehkan pelanggan lebih banyak masa penstriman tanpa gangguan.
- Bagi pelanggan yang mencari pelan prabayar tanpa had, Digi Prepaid NEXT Unlimited 40 kini menawarkan Internet dan panggilan tanpa had pada hanya RM40/bulan. Pelanggan boleh menikmati kuota hotspot 10GB tambahan setiap bulan apabila mereka mendaftar pelan ini dengan pembaharuan automatik.
Penstriman tanpa had dengan Unlimited Video Pass
Kini pelanggan Digi boleh menonton setiap gol secara langsung atau program kegemaran mereka dengan berterusan.
- Pas Unlimited Video Pass yang tersedia untuk semua pelanggan Digi Prepaid dan Postpaid membolehkan mereka menikmati penstriman video tanpa had di Netflix, YouTube, YouTube Kids, YouTube Gaming, Astro GO, DailyMotion dan Viu dengan hanya RM5 untuk tempoh sah tiga hari.
- Pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus dengan beberapa pembelian pas video ini.
Dapatkan nilai terbaik untuk Digi Postpaid, dengan Internet tambahan dan lebih banyak penjimatan
Pelanggan boleh menikmati kuota Internet tambahan dan rebat setiap bulan dengan pendaftaran pelan Digi Postpaid yang layak.
- Pelanggan Digi baharu dan sedia ada yang mendaftar untuk Digi Postpaid 40, 60 dan 90 akan menikmati Internet 10GB tambahan selama 12 bulan.
- Pelanggan Digi Postpaid 120 dan 150 mendapat 50 peratus kuota tambahan selama 12 bulan. Tawaran ini juga boleh didapati menerusi pakej telefon PhoneFreedom 365.
- Pelanggan Digi baharu dan sedia ada yang menaik taraf kepada Digi Postpaid 90 dan ke atas juga akan menikmati rebat bulanan tambahan sebanyak RM15 selama 12 bulan. Tawaran ini juga tersedia dengan pakej telefon Pakej PowerJimat.
Tawaran istimewa untuk pelanggan Home Fibre
Kini lebih ramai isi rumah di Malaysia boleh menikmati sambungan ultra-pantas dengan pelan fiber tanpa had pada harga yang murah.
- Pelanggan Digi Fibre boleh menikmati rebat sebanyak RM60 sebulan selama 24 bulan untuk pelan Digi Fibre 500Mbps dan ke atas apabila digandingkan bersama pelan Digi Postpaid yang layak.
- Selain itu, pelanggan Digi Postpaid 60 boleh menikmati pelan Digi Fibre 100Mbps pada hanya RM100 sebulan (Harga asal: RM130) selepas rebat dinaikkan ke RM30/bulan.
Pelanggan boleh mendaftar untuk tawaran menarik dengan melayari laman web Digi atau mengunjungi Digi Store, Digi Store Express atau mana-mana pengedar sah Digi.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Juara Internet Untuk Semua Digi, sila layari https://digi.my/untuksemua.