Utama Mobile Aplikasi Cadangan Cukai WhatsApp Call cetus demonstrasi ganas di Lubnan

Cadangan Cukai WhatsApp Call cetus demonstrasi ganas di Lubnan

695
0

Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya di sekitar kota Beirut selepas pihak kerajaan merancang untuk mengenakan cukai terhadap penggunaan WhatsApp Call. Cukai sebanyak 20 sen akan dikenakan pada individu untuk setiap panggilan pertama yang dibuat pada hari berkenaan menurut cadangan berkenaan.

Berdasarkan laporan dari Fortune, kerajaan Lubnan kini di dalam keberhutangan yang teruk dan telah melaksanakan langkah-langkah penjimatan sejak Julai lalu. Langkah ini telah memberi kesan terhadap kehidupan rakyat Lubnan terutamanya golongan pesara dan bekas-bekas tentera.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat langkah-langkah penjimatan ini tidak dapat dilaksanakan secara berkesan kerana masalah rasuah yang berleluasa.

Cukai WhatsApp bersama-sama kenaikan pada Cukai Nilai Tambahan dan Cukai Bahan Api telah menyemarakkan sentimen anti-kerajaan di kalangan rakyat Lubnan. Demonstrasi yang dilakukan baru-baru ini turut mendesak supaya satu perubahan dilakukan.

WhatsApp merupakan aplikasi permesejan yang popular di Lubnan dan menjadi medium komunikasi utama atas faktor kosnya yang rendah.

Jumaat lalu bagaimanapun pihak kerajaan Lubnan telah menarik semula cadangan berkenaan dan memaklumkan tiada sebarang cukai baru akan diperkenalkan.

Sumber berita diperoleh dari Fortune

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.