Utama Komputer PCIe 6.0 dalam landasan betul untuk dimuktamadkan pada 2021; Lebar jalur mampu...

PCIe 6.0 dalam landasan betul untuk dimuktamadkan pada 2021; Lebar jalur mampu sokong hingga 256Gbps

647
0

PCIe 4.0 buat masa ini baru sahaja dilancarkan dan PCI-SIG, badan piawaian format sambungan ini tidak menunggu lama untuk mewujudkan piawaian yang lebih baru. Menurut konsortium tersebut, pihaknya baru sahaja menyiapkan Revision 0.3 untuk penyediaan spesifikasi PCIe 6.0 dan kini di dalam landasan yang betul untuk dilancarkan pada tahun 2021.

Perkembangan mengagumkan ini berjaya dilaksanakan selepas PCI-SIG baru sahaja menyiapkan spesifikasi untuk PCIe 5.0. Spesifikasi berkenaan dikatakan menawarkan dua kali lebar jalur PCIe 4.0 pada 128GBps.

Memandangkan lebar jalur PCIe 6.0 akan digandakan, papan induk keluaran tahun 2021 kelak akan menawarkan lebar jalur PCIe pada 256Gbps.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh PCI-SIG, pihak konsortium merancang untuk mencapai kelajuan lebar jalur yang tinggi melalui dua kemaskini spesifikasi. Pertama adalah dengan Pulse Amplitude Modulation Tahap 4 (PAM-4), manakala satu lagi adalah melalui Low Latency Forward Error Correction (FEC).

Memuktamadkan piawaian PCIe yang baharu boleh memakan masa hingga bertahun-tahun dan untuk PCIe 6.0 ini, ia setidaknya berada di dalam landasan yang betul. PCIe 4.0 buat masa hanya digunakan oleh AMD melalui senibina untuk CPUnya Zen2 dan GPUnya Radeon Navi seperti siri AMD Ryzen 3000 dan siri Radeon RX 5000.

Apa yang menarik dengan perkembangan ini, menjelang kehadiran PCIe 6.0 ke pasaran, kedua-dua pengeluar pemprosesan grafik, AMD dan NVIDIA akan mengeluarkan kad-kad grafik yang lebih berkuasa dan lebih baik berdasarkan keupayaan PCIe pada waktu itu.

Sumber berita diperoleh dari PCI-SIG

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.