Home Telco Digi Prabayar Digi NEXT, Pek Prabayar Baharu dari RM15 sebulan

Prabayar Digi NEXT, Pek Prabayar Baharu dari RM15 sebulan

28
0

Digi telah mengumumkan pek prabayar baharu yang dikenali sebagai Digi Prepaid NEXT. Seperti kebanyakan prabayar lain, pelan prabayar ini hadir dengan tempoh sah penggunaan sehingga 30 hari pada harga serendah RM15.

Selain dari itu, pelan ini turut menawarkan data internet mudah alih berkelajuan tinggi sebanyak 2GB, Turut ditawarka akses tanpa had ke media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Digi turut menawarkan tambahan data internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB sebagai bonus pengenalan. Anda juga boleh menambah kuota data internet berkelajuan tinggi dari harga serendah RM1.

Pilihan lain turut ditawarkan melalui pelan RM28 sebulan yang memberikan data mudah alih sebanyak 4GB dan tambahan 2GB lagi sebagai bonus pengenalan. Melaluinya, selain dari akses tanpa had ke media sosial, anda turut ditawarkan akses tanpa had ke YouTube.

Pelan RM28 sebulan ini juga mempunyai pilihan lain yang menawarkan pilihan panggilan tanpa had menggantikan pilihan akses tanpa had penggunaan YouTube dan media sosial.

Bagi pengguna yang memperbaharui pelan tepat pada masanya, Digi turut menyediakan data tambahan antara 500MB hingga 2GB setiap bulan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.