Utama Telco Celcom Penggabungan Celcom Digi hampir dimuktamadkan selepas terima persetujuan dari Pemegang Saham

Penggabungan Celcom Digi hampir dimuktamadkan selepas terima persetujuan dari Pemegang Saham

562
0
Celcom Digi Gabung

Penggabungan Celcom dan Digi kini memasuki peringkat akhir selepas menerima persetujuan dari pemegang-pemegang saham masing-masing. Lembaga pengarah-pengarah Axiata Group Berhad dan Digi Telecommunications telah membuat pengumuman tersebut sejurus selepas Mesyuarat Agung Khas baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Axiata dan Digi, keputusan hasil mesyuarat berdasarkan undian telah pun dihantar ke Bursa Securities (Bursa) berdasarkan ketetapan peraturan.

Penggabungan ini hampir dimuktamadkan selepas menerima kelulusan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa sebelum mesyuarat tersebut diadakan.

Sebaik sahaja penggabungan ini selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemlikan secara sama rata masing-masing 33.1% syarikat baharu dibentuk tersebut dengan nama yang dicadangkan Celcom Digi Berhad.

Celcom dan Digi juga merupakan di antara empat buah syarikat yang telah menandatangani perjanjian perkongsian akses dengan Digital Nasional Berhad (DNB). Kedua-duanya mempunyai pegangan masing-masing sebanyak 12.5% sahaja memandangkan penggabungan yang sedang dilaksanakan. Perjanjian yang melibatkan akses ke rangkaian 5G kebangsaan tersebut juga menetapkan sesebuah syarikat tidak boleh memegang lebih dari 25%.

Buat masa ini Celcom dan Digi menawarkan perkhidmatan 5G kepada pelanggan menerusi rangkaian 5G kebangsaan selepas menandatangani perjanjian akses selama 10-tahun dengan DNB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.