Utama Telco Digi Digi mula tawarkan 5G percuma untuk Pelan Pascabayar Terpilih bermula dari 10...

Digi mula tawarkan 5G percuma untuk Pelan Pascabayar Terpilih bermula dari 10 November 2022

546
0
Digi-5G_BM

Seminggu selepas pengumuman ketersediaan akses 5G, Digi kini akan menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggan pelan Pascabayar terpilih bermula 10 November ini.

Buat masa ini, hanya pelanggan baharu dan sedia ada pelan Digi Postpaid 90, 120, 150 dan Family Unlimited 200 sahaja yang ditawarkan pilihan menaiktaraf akses 5G tanpa sebarang penambahan kos. Ini turut merangkumi pelanggan PhoneFreedom 365 dan Pakej PowerJimat melalui pelan tersebut.

Pelanggan Digi Postpaid yang layak boleh memilih untuk menaiktaraf pelan masing-masing kepada 5G dengan hanya mengaktifkan 5G Speed Booster melalui aplikasi MyDigi. Akses ini boleh dinikmati jika pelanggan berkenaan memiliki peranti 5G yang menyokong dan juga di dalam liputan rangkaian 5G.

Digi akan terus menaik taraf akses rangkaian 5G kepada lebih ramai pelanggannya melalui pelan Digi Prepaid tidak lama lagi.

Anda yang sedang melanggan pelan Digi Postpaid berkenaan boleh mencuba akses ke rangkaian 5G bermula pada 10 November ini dengan langkah seperti berikut:

  • Muat turun dan buka aplikasi MyDigi
  • Pergi ke “Buy Add-Ons”
  • Pilih “5G Speed Booster” dan sahkan pengaktifan tersebut secara percuma

Pelanggan Digi Business dengan pelan Go Digi 98 dan 128 juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan akses ke rangkaian 5G melalui cara yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Untuk membuat semakan kawasan liputan 5G dan maklumat lanjut mengenai pakej peranti 5G Digi, layari https://digi.my/5g

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.