Utama Perkakasan Qualcomm Samsung Galaxy S23 dijangka akan gunakan Pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 Eksklusif

Samsung Galaxy S23 dijangka akan gunakan Pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 Eksklusif

256
0
Samsung-Galaxy-S22-Pilihan-Warna

Siri Samsung Galaxy S23 disahkan akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Bagaimanapun, maklumat terkini mendakwa cip Snapdragon 8 Gen 2 yang akan digunakan pada telefon pintar Galaxy mercu ini lain dari jenis yang digunakan pada telefon pintar lain.

Menurut info dari pentiris maklumat popular Ice Universe, siri Galaxy S23 akan menampilkan versi eksklusif cipset mercu terkini keluaran Qualcomm berkenaan.

Terdahulu, Ice Universe menemukan maklumat yang menunjukkan pemprosesan yang digunakan oleh Galaxy S23 mempunyai frekuensi yang lebih tinggi dari penanda aras pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2.

Selain itu, nombor model Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan pada Galaxy S23 kelak didapati berbeza. Atas sebab itu, beliau berpendapat siri Galaxy S23 akan menggunakan varian Snapdragon 8 Gen 2 yang lain dari jenis yang digunakan pada peranti mercu lain.

Walau apa pun jua varian pemprosesan yang akan digunakannya nanti, Samsung tetap memberikan sejumlah penambahbaikan pada siri Galaxy S23 yang dijangka hadir pada awal tahun hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.