Utama Telco Celcom DNB: Digi, Celcom & TM dijangka akan memulakan penawaran 5G dalam Bulan...

DNB: Digi, Celcom & TM dijangka akan memulakan penawaran 5G dalam Bulan ini

462
0
DNB 5G Malaysia October 2022

Pengguna dijangka akan mula menerima penawaran perkhidmatan rangkaian 5G sekitar bulan ini menurut Digital Nasional Berhad (DNB). Perkembangan ini hasil dari perjanjian perkongsian yang telah dimuktamadkan di antara DNB dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Diumumkan secara rasmi beberapa jam selepas pembentangan Belanjawan 2023, Celcom, Digi, TM dan YTL Telecommunications kini secara bersama memiliki 65% saham di dalam DNB.

Hanya Maxis dan U Mobile sahaja yang tidak mengambil sebarang pegangan di dalam DNB sungguhpun kedua-duanya masih lagi komited untuk mendapatkan akses 5G dari syarikat 5G kebangsaan tersebut yang melibatkan perjanjian yang berasingan.

Dari jumlah 65% pegangan saham itu tadi, TM dan YTL masing-masing menguasai 20% saham, manakala Celcom dan Digi pula memegang 12.5% masing-masing. Sebab mengapa Celcom dan Digi mempunyai jumlah pegangan yang kecil adalah kerana kedua-duanya akan menjalani penggabungan.SKMM Telco 5G Malaysia

DNB memaklumkan dibawah perjanjian perkongsian, entiti digabungkan tidak boleh memegang lebih dari 25% pegangan di dalam syarikat. Perjanjian tersebut juga mencatatkan setiap syarikat telekomunikasi tidak boleh memiliki saham lebih dari 20% di dalam syarikat.

Baki 35% pegangan di dalam DNB pula dimiliki oleh pihak kerajaan. Ini bermakna kerajaan mempunyai lebih kuasa penentu bagi perkara-perkara tertentu seperti pemilikan, jualan dan pemindahan pegangan.

Rentetan dari pemuktamadan perjanjian ini, kesemua pihak kini sedang menumpukan ke arah persetujuan perkongsian akses. Pengerusi DNB Asri Hamidon menyatakan di dalam pengumumannya bahawa pengujian dan integrasi tapak-tapak 5G oleh syarikat-syarikat telekomunikasi berjalan lancar. Pihaknya juga yakin syarikat-syarikat telekomunikasi kini bersedia untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan.

Menurut beliau lagi, DNB kini sedang berusaha mencapai sasaran 40% liputan di kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang akhir tahun ini dan seterusnya 80% pada 2024. Buat masa ini liputan 5G di Malaysia berada sekitar 33%, menurut DNB.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.