Utama Telco Celcom Celcom lanjutkan penawaran data harian 1GB percuma sehingga 31 Julai 2021

Celcom lanjutkan penawaran data harian 1GB percuma sehingga 31 Julai 2021

907
0

Celcom telah mengumumkan perlanjutan tempoh selama tiga bulan bagi tawaran internet harian percuma 1GB. Ini merupakan sebahagian dari inisiatif Celcom membantu rakyat Malaysia kekal berhubungan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan, tawaran data percuma ini akan diteruskan sehingga 31 Julai 2021. Untuk menebus data tersebut, anda perlu melakukan penebusan sebulan sekali menerusi bahagian MyDeals di dalam aplikasi Celcom Life. Aplikasi berkenaan boleh didapati menerusi  Apple App StoreGoogle Play Store dan Huawei AppGallery.

Seperti biasa, data percuma ini hanya dikhususkan untuk kegunaan pembelajaran dalam talian dan kegunaan produktiviti. Menurut terma dan syaratnya, data tersebut tidak boleh digunakan untuk aplikasi permainan, muzik, sosial dan video penstriman.

Sebelum ini data percuma 1GB yang ditawarkan tersebut telah dilanjutkan sehingga 30 April di bawah pakej bantuan khas PERMAI. Beberapa syarikat telekomunikasi termasuk Celcom turut menawarkan pelan data 15GB pada harga RM20 sebulan.

Bulan lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan peningkatan subsidi pembelian telefon pintar baharu dari RM180 ke RM300 di bawah program Jaringan Prihatin. Inisiatif ini mensasarkan kepada isi rumah yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Setakat ini masih belum diumumkan kaedah permohonan untuk mendapatkan subisidi yang dijadualkan bermula pada Mei nanti.

Tinggalkan komentar