Home Mobile Telco Telco mula menawarkan Pakej Data SPM & STPM; 15GB untuk RM20 sebulan

Telco mula menawarkan Pakej Data SPM & STPM; 15GB untuk RM20 sebulan

18
0

Lanjutan dari pengumuman oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah pada bulan lepas, syarikat telekomunikasi tempatan telah mula menawarkan pakej data khusus untuk pelajar.

Pakej yang menawarkan kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 15GB pada RM20 sebulan ini, mengkhususkan kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini.

Bagaimanapun, berdasarkan FAQ yang diterbitkan oleh Celcom dan U Mobile, pakej ini hanya ditawarkan kepada pengguna yang lahir pada tahun 2001 hingga 2004.

Kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan juga menyatakan pelan ini hanya ditawarkan kepada pengguna pelan prabayar. Pendaftaran pelan ini boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih Celcom dan U Mobile, masing-masing iaitu Celcom Life dan MyUMobile.

Pelan SPM/STPM ini hanya boleh digunakan sehingga 30 April 2021 dan pengguna yang ingin terus menggunakan data selepas tarikh berkenaan perlu mendapatkan pelan data internet lain.

Setakat ini hanya Celcom dan U Mobile sahaja yang secara rasminya menawarkan pelan ini. Syarikat telekomunikasi lain seperti Digi, Maxis dan TM masih lagi belum menyatakan pelan seumpamanya. Dijangkakan pelan-pelan SPM/STPM dari syarikat telekomunikasi lain bakal ditawarkan dengan kadar yang lebih kurang sama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.