Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi melancarkan telefon pintar Google Pixel 9 dengan tawaran Hebat

CelcomDigi melancarkan telefon pintar Google Pixel 9 dengan tawaran Hebat

256
0

CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa telefon pintar Google Pixel 9 yang sangat dinantikan kini boleh didapati di semua Stor CelcomDigi di seluruh negara dan melalui Kedai Dalam Talian CelcomDigi. Barisan telefon ini termasuk Google Pixel 9 Pro XL, Google Pixel 9, dan Google Pixel 9 Pro XL 512GB dalam warna Hazel yang eksklusif untuk CelcomDigi.

Kunjungi mana-mana Stor CelcomDigi untuk merasai sendiri kehebatan telefon pintar Google AI flagship ini dan nikmati tawaran pembiayaan yang luar biasa, nilai trade-in yang tertinggi, serta tawaran lain yang tidak dapat ditolak.

Dengan pelancaran ini, pelanggan CelcomDigi boleh menikmati pelbagai tawaran menarik, termasuk:

  • Milikilah Google Pixel 9 dengan tawaran pembiayaan terbaik
    Dengan pembiayaan CelcomDigi Easy360, pelanggan boleh membeli Google Pixel 9 dengan bayaran pendahuluan RM0, faedah 0%, dan menikmati penjimatan sehingga RM2,023.
  • Dapatkan warna Hazel yang bergaya hanya dengan CelcomDigi
    Jadilah antara yang pertama di negara ini untuk memiliki Google Pixel 9 Pro XL 512GB dalam warna Hazel yang popular, tersedia secara eksklusif dengan CelcomDigi.
  • Jimat sehingga RM5,850 untuk Google Pixel 9 apabila anda trade-in peranti lama anda
    Pelanggan CelcomDigi yang sedia ada dan yang baharu boleh menjimatkan sehingga RM5,850 untuk Google Pixel 9 baharu apabila mereka trade-in peranti terpilih. Tawaran ini tersedia dari 22 Ogos hingga 16 September 2024 di Stor CelcomDigi atau secara dalam talian melalui laman web CelcomDigi. Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.celcomdigi.com/devices/trade-in
  • Beli Google Pixel 9 tanpa kontrak
    Pelanggan yang memilih untuk membeli Google Pixel 9 secara terus juga boleh membeli Google Pixel 9 tanpa kontrak, bermula dari RM3,999. Stok adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Lawati https://shop.celcomdigi.com
  • Lindungi Google Pixel 9 anda dengan CelcomDigi Phone Care
    Bermula dari hanya RM21 sebulan, pelanggan boleh melanggan CelcomDigi Phone Care, sebuah pelan perlindungan peranti mudah alih yang menyeluruh. Pelan ini memberikan ketenangan fikiran dengan membolehkan anda menukar atau menggantikan Google Pixel 9 anda dengan mudah sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan, memastikan peranti anda sentiasa dilindungi.
  • Jangan lepaskan tawaran eksklusif dalam stor di TTDI
    Sertai kami di Stor CelcomDigi Taman Tun Dr Ismail untuk acara pelancaran Google Pixel 9 selama 4 hari, yang berlangsung sekarang hingga 25 Ogos 2024. Nikmati rebat eksklusif RM288 untuk Google Pixel 9 Pro XL 512GB dalam warna Hazel, serta aksesori Aukey percuma bernilai RM158 dengan sebarang pembelian Google Pixel 9!

Selain itu, pelanggan yang membeli telefon Google Pixel 9 mereka di mana-mana Stor CelcomDigi di seluruh negara juga layak untuk mendapat diskaun sehingga 40% untuk aksesori. Promosi ini sah dari 22 Ogos hingga 22 September 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon Google Pixel 9, sila layari https://cd.link/pixel9

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.