WhatsApp Pink

Jika anda pernah menemukan sebarang pautan yang mengatakan tema WhatsApp boleh ditukarkan ke warna merah jambu (pink), anda perlu mengabaikannya.

Ini kerana pautan tersebut akan membawakan anda ke muat turun fail APK yang mengandungi virus.

Menurut seorang penyelidik keselamatan internet, Rajshekhar Rajaharia aplikasi hasad tersebut mampu memberi ruang untuk akaun WhatsApp pengguna digodam.

Pautan “WhatsApp Pink” yang disebarkan tersebut sememangnya kelihatan amat meragukan. Terutamanya pada imej yang telah di”Photoshop” dan ejaan WhatsApp yang salah.

“Iklan” tersebut juga menyertakan pilihan ‘download now’ dan boleh menyebabkan sesetengah pengguna yang tidak tahu apa-apa mengenai aplikasi scam, memuat turun fail APK berkenaan.

Bagi anda yang secara tidak sengaja memuat turun aplikasi “WhatsApp Pink” ini, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

  • Segera menyahpasang “WhatsApp Pink” dari peranti anda
  • Nyahpautkan semua peranti Whatsapp Web devices
  • Buangkan cache pelayar (Chrome, Mozilla dll) di dalam settings.
  • Periksa kebenaran (permission) untuk semua aplikasi
  • Jika terdapat sebarang kebenaran (permission) yang meragukan, batalkannya (revoke).

Bagaimanapun, aplikasi malware ini akan “menyamar” sebagai aplikasi WhatsApp biasa selepas dipasangkan. Ini bermakna, anda perlu pergi ke tetapan telefon (setting) dan memadam aplikasi tersebut dari situ.

Pengguna diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang pautan yang meragukan. Untuk WhatsApp, pastikan anda hanya memuat turunnya dari sumber rasminya atau melalui gedung aplikasi yang sah seperti Google Play Store atau Apple Store.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.