Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi Buka Tempahan Awal untuk Siri Samsung Galaxy S25

CelcomDigi Buka Tempahan Awal untuk Siri Samsung Galaxy S25

56
0

PETALING JAYA, 23 Januari 2025 – Pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini boleh membuat tempahan awal untuk siri Samsung Galaxy S25 yang sangat dinanti-nantikan – termasuk Galaxy S25, Galaxy S25 Plus, dan Galaxy S25 Ultra – bermula dari RM36/bulan dengan penjimatan sehingga RM3,466.

Mulai hari ini sehingga 13 Februari 2025, pelanggan CelcomDigi boleh menjadi antara yang pertama memiliki peranti AI sebenar yang direka untuk mengintegrasikan AI terkini ke dalam kehidupan seharian. Peranti Samsung Galaxy S25 disediakan dengan ansuran fleksibel sehingga 36 bulan, semuanya dengan 0% faedah dan bayaran pendahuluan RM0 melalui pelan pembiayaan peranti CelcomDigi Easy360.

Tempahan awal siri Samsung Galaxy S25 boleh dibuat melalui laman web CelcomDigi dengan Easy360 yang dipadankan dengan pelan CelcomDigi Postpaid, bermula dari CelcomDigi Postpaid 5G 100 dengan penjimatan sehingga RM1,419. Bagi pelanggan yang layak dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 120 dan ke atas, mereka boleh menikmati penjimatan yang lebih besar dari RM1,990, dan untuk tempahan awal yang diterima sebelum 5 Februari 2025, mereka juga akan menerima Samsung Galaxy Buds3 yang menawarkan pengalaman mendengar lebih baik berkuasakan Galaxy AI.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan awal siri Samsung Galaxy S25, sila layari https://cd.link/S25preorder.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.