Utama Mobile Aplikasi SKMM tutup 19,765 talian telefon dan 2,195 laman web terlibat SMS judi...

SKMM tutup 19,765 talian telefon dan 2,195 laman web terlibat SMS judi dalam talian

112
0
Jenayah-Judi-Dalam-Talian

Selain mengambil tindakan terhadap video mempromosikan perjudian dalam talian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut menyekat ribuan platform dan talian telefon yang digunakan untuk tujuan jenayah berkenaan.

Sehingga Mac 2021, sejumlah 2,195 laman web perjudian dalam talian telah disekat berdasarkan maklumat dan laporan yang diterima dari orang awam dan Police DiRaja Malaysia (PDRM). Kesemua bentuk perjudian dalam talian dan aktiviti mempromosinya tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Bagi membendung penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi, sejumlah 19,765 talian telefon telah pun ditamatkan dalam tempoh tersebut kerana mempromosikan perjudian dalam talian melalui SMS.

SKMM menyatakan pihaknya turut melaksanakan audit pengesahan pelanggan bagi mengesahkan langganan prabayar talian mudah alih tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan aktiviti jenayah seperti penipuan dan promosi judi dalam talian.

Selain itu, SKMM juga telah membawakan isu ini kepada platform media sosial antarabangsa seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk memadamkan kandungan perjudian tersebut kerana menyalahi terma penggunaan garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh platform masing-masing. Pihak SKMM juga sedang giat menjalankan program kesedaran dikalangan belia supaya tidak terjebak ke dalam kancah perjudian.

Para pengguna-pengguna internet di Malaysia turut digalakkan untuk melaporkan sebarang bentuk promosi perjudian dalam talian dan tidak berkongsikan kandungan berkaitan dengannya. SKMM menyatakan sebarang bentuk perkongsian perjudian dalam talian boleh memberikan kesan buruk terhadap masyarakat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.