Utama Teknologi GovTech Cara mendaftar Akaun PADU | Pangkalan Data Utama

Cara mendaftar Akaun PADU | Pangkalan Data Utama

495
0

Portal PADU kini sudah tersedia dan pengguna boleh mendaftarkan akaunnya secara dalam talian. Pangkalan Data Utama (PADU) menghimpunkan data dari pelbagai agensi kerajaan. Rakyat Malaysia digalakkan untuk memeriksa rekod masing-masing untuk membolehkan penerimaan subsidi kerajaan dan perlindungan sosial.

Dalam tempoh tiga bulan, warganegara Malaysia disarankan supaya mengemaskini pendapatan terkini sebelum pelaksanaan subsidi bersasar.

Cara mendaftar akaun PADU baharu

  • Layari laman web PADU dan klik pada ‘DAFTAR SEKARANG’
  • Masukkan nama penuh anda seperti di dalam MyKad, nombor kad pengenalan anda, dan poskod seperti alamat di dalam MyKad.
  • Masukkan nombor telefon bimbit anda yang terkini dan aktif serta alamat email.
  • Kata laluan sekali (OTP) akan dihantar ke nombor telefon anda. Masukkan angka 6-digit dari OTP di dalam laman web PADU untuk meneruskan langkah.
  • Masukkan katalaluan PADU anda. Ia perlu dimasukkan sekurang-kurangnya lapan aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan aksara unik (contoh: @%$!?&).

Cara melengkapkan Proses Verifikasi eKYC untuk PADU

Seterusnya, proses Kenali Pelanggan Anda Elektronik (electronic Know Your Customer, eKYC) PADU untuk mengesahkan identiti anda. Untuk langkah ini, anda memerlukan tleefon pintar dan MyKad anda.

Laman web PADU akan menjana kod QR dinamik yang boleh anda imbas menggunakan aplikasi kamera telefon pintar anda. Telefon pintar anda kemudiannya akan membuka halaman Pengesahan Identiti PADU. Anda perlu memberikan kebenaran untuk halaman tersebut mengakses ke kamera telefon pintar anda.

Proses eKYC memerlukan anda mengambil gambar kedua-dua belah MyKad anda. Anda perlu memastikan keseluruhan MyKad anda jelas dengan cahaya yang cukup dan tanpa silau. Maklumat di dalam laman MyKad anda seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan juga perlu jelas.

Anda juga perlu mengambil gambar swafoto dan memastikan wajah anda berada di dalam garisan yang disediakan di dalam bingkai berkenaan. Sebaik sahaja selesai, foto anda akan dihantar untuk pengesahan dan mengambil masa selama tiga hari.

Berdasarkan pengalaman saya, eKYC dapat disahkan dalam tempoh yang agak singkat (lebih kurang sekitar 10-20 minit) dan diberitahu melalui email dan SMS.

Senarai Kaunter Pendaftaran PADU di Seluruh Malaysia

Selain boleh mendaftar sendiri melalui laman web rasmi PADU, pengguna juga boleh hadir secara bersemuka di Pejabat Operasi Negeri Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berhampiran. Turut disediakan kaunter bergerak yang menawarkan khidmat bantuan pendaftaran PADU yang kebiasaannya disediakan di jerayawara anjuran kementerian dan agensi kerajaan.

Jika anda ingin hadir lokasi pendaftaran PADU berikut, sila bawa Kad Pengenalan, telefon pintar dan maklumat akaun bank. Khusus untuk anda yang menjadi KETUA ISI RUMAH, sediakan maklumat berkaitan ahli isi rumah anda.

Johor

Pejabat DOSM

  • Batu Pahat
  • Johor Bahru
  • Kluang
  • Muar

Lokasi PEDi

  • PEDi Felda Bukit Batu
  • PEDi Felda Bukit Permai
  • PEDi Felda Inas Utara
  • PEDi Felda Taib Andak

Kedah

Pejabat DOSM

  • Anak Bukit
  • Langkawi
  • Sungai Petani

Lokasi PEDi

  • PEDi Belimbing Kanan, Kuala Nerang
  • PEDi Bukit Payong, Pokok Sena
  • PEDi Bukit Raya Dalam, Pendang
  • PEDi Changlun
  • PEDi Kampung Bawah Gunung, Baling
  • PEDi Kampung Gunung Hilir, Alor Setar
  • PEDi Kuah, Langkawi
  • PEDi Pekan Sik, Sik
  • PEDi PPR Kelang Lama, Kulim
  • PEDi Serdang, Bandar Baharu
  • PEDi Yan Kechil, Yan

Kelantan

Pejabat DOSM

  • Kota Bharu
  • Kuala Krai

Lokasi PEDi

  • PEDi Bukit Tandak
  • PEDi Felda Perasu
  • PEDi Kajang Sebidang
  • PEDi Kampung Jeram
  • PEDi Kampung Karangan
  • PEDi Kampung Semuba
  • PEDi Kampung Repek
  • PEDi Kampung Selising
  • PEDi Kampung Chengal
  • PEDi Kampung Gong Kulim
  • PEDi Kampung Batu Gajah
  • PEDi Kampung Lawang
  • PEDi Kesedar Chalil
  • PEDi Kesedar Lebir
  • PEDi Kesedar Jeram Tekoh
  • PEDi Kusial Baru

Melaka

Pejabat DOSM

  • Ayer Keroh

Lokasi Pedi

  • Batang Melaka

Negeri Sembilan

Pejabat DOSM

  • Seremban

Kaunter Kekal (26 Januari – 31 Mac 2024, 9.30 pagi – 5.30 petang)

  • Mydin Senawang
  • Mydin Seremban 2
  • UTC Ampangan
  • Wisma Persekutuan Seremban

Pahang

Pejabat DOSM

  • Bentong
  • Kuantan
  • Temerloh

Lokasi PEDi

Perak

Pejabat DOSM

  • Ipoh
  • Sungkei
  • Taiping
  • Teluk Intan

Lokasi PEDi

  • PEDi Changkat Jering
  • PEDi Gunung Semanggol
  • PEDi Padang Rengas
  • PEDi Pekan Manong
  • PEDi Pekan Bagan Serai
  • PEDi Pekan Kubu Gajah

Perlis

Pejabat DOSM

  • Kangar

Lokasi PEDi

  • PEDi Batas Lintang
  • PEDi Pokok Jawi
  • PEDi Padang Besar Selatan
  • PEDi Tambun Tulang
  • PEDi Kampung Surau
  • PEDi Kampung Surau RPA

Pulau Pinang

Pejabat DOSM

  • Georgetown
  • Seberang Perai

Kaunter Fizikal

Sabah

Pejabat DOSM

  • Keningau
  • Kota Kinabalu
  • Kota Marudu
  • Lahad Datu
  • Sandakan
  • Tawau

Sarawak

Pejabat DOSM

  • Bintulu
  • Kapit
  • Kuching
  • Limbang
  • Miri
  • Sarikei
  • Sibu
  • Sri Aman

Selangor

Pejabat DOSM

  • Shah Alam
  • Gombak
  • Kajang

Kaunter PADU

Daerah Klang
  • MBDK Tengku Kelana (5 – 8 Feb 2024)
  • Pulau Ketam – Perkampungan Orang Asli Sungai Dua (7 Feb 2024)
  • Pejabat Daerah dan Tanah Klang (7 – 9 Feb 2024)
  • Dewan Serbaguna Bandar Sultan Sulaiman (9 – 11 Feb 2024)
Daerah Hulu Langat
  • PEDi DATO’ AHMAD RAZALI (5 Feb. – 8 Feb. 2024)
  • PEDi TAMAN PINGGIRAN DELIMA (5 Feb. – 8 Feb. 2024)
  • PEDi SEMENYIH (5 Feb. – 8 Feb. 2024)
  • PEDi BANDAR TASIK KESUMA (5 Feb. – 8 Feb. 2024)
  • PUSAT KOMUNITI DESA KAMPUNG JAWA (7 Feb. – 8 Feb. 2024)
  • PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT (5 Feb. – 8 Feb. 2024)
Daerah Hulu Selangor
  • PEDi PEKAN KUALA KUBU BHARU
  • PEDi FELDA GEDANGSA (Buka pada 6, 7, & 9 hb Feb sahaja)
  • PEDi TAMAN DESA KELISA, ULU YAM
  • DARUL QURAN, JAKIM (Buka pada 6 & 7hb Feb sahaja)
  • PEDi FELDA SOEHARTO (Buka pada 5, 7 & 8hb Feb sahaja)
  • PEDi TAMAN SERI SERENDAH
Daerah Sepang
  • PEDi HULU CHUCHOH (5 – 9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • PEDi TAMAN TENTERAM (5 – 9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG (5 – 9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • PEJABAT PENGHULU MUKIM DENGKIL (5 – 9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • PEJABAT PENGHULU MUKIM SEPANG (5 – 9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • PEJABAT PENGHULU MUKIM LABU (5 -9 Feb 2024; Isnin – Jumaat)
  • KIPMALL KOTA WARISAN, SEPANG (5 – 12 Feb 2024; Isnin – Ahad & Isnin)
Daerah Sabak Bernam
  • PEDI KG BARU NELAYAN (05 – 09 Feb 2024)
  • PEDI PASIR PANJANG (05 – 09 Feb 2024)
  • BALAIRAYA KAMPUNG SUNGAI AIR TAWAR (05 & 06 Feb 2024)
  • PEDI SAPINTAS (07 – 09 Feb 2024)
  • PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SABAK BERNAM (09 Feb 2024)
Daerah Kuala Selangor
  • PEDI FELDA BUKIT CHERAKAH (5 – 9 Feb 2024)
  • PEDI SG SIREH, TANJUNG KARANG (5 – 9 Feb 2024)
  • PEDI TAMAN SAUJANA UTAMA (5 – 9 Feb 2024)
  • PEDI PEKAN IJOK (5 – 9 Feb 2024)
  • PEDI KG BATU 19, JERAM (5 – 9 Feb 2024)
  • PEDI TAMAN SERI CAHAYA (5 – 9 Feb 2024)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Pejabat DOSM
  • Chow Kit, Kuala Lumpur
  • Presint 1, Putrajaya
  • Menara Ujana Kewangan
Lokasi PEDi Putrajaya
  • Presint 9 Fasa 3
  • Presint 9 Fasa 10
  • Presint 16
  • Presint 18
Lokasi PEDi Kuala Lumpur
  • PPR Kg Muhibbah
  • PA DBKL Desa Rejang
  • PPR Kg Batu Muda
  • PPR Seri Semarak
  • PPR Kg Baru Air Panas
  • PPR Taman Beringin
  • PPR Intan Baiduri
  • PPR Pinggiran Bukit Jalil

Layari dan ikuti laman media sosial Jabatan Perangkaan Negeri anda masing-masing untuk maklumat lanjut.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.