Utama Mobile Aplikasi Astro sasar perkenalkan lebih banyak Perkhidmatan Penstriman Antarabangsa di dalam Platformnya

Astro sasar perkenalkan lebih banyak Perkhidmatan Penstriman Antarabangsa di dalam Platformnya

417
0
Astro Netflix Disney Hotstar iQiYi HBO GO

Menurut Bernama, Astro mensasarkan untuk menjadi sebuah ‘mesin yang sangat berkesan secara luar biasa’ dalam menawarkan kandungan terbaik melalui produk yang tepat dan platform yang memahami kehendak pelanggan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro, Euan Smith berkata pihaknya kini sedang memperhebat kehadirannya dalam talian yang semakin berkembang. Dalam pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan televisyen satelit tempatan ini juga terus mencari peluang untuk memperkukuh perniagaan digital, jalur lebar dan perdagangan.

Tambah beliau lagi, Malaysia kini sedang mengalami fasa peralihan kepada perkhidmatan ‘over-the-top’ (OTT) dalam dunia penstriman. Pengguna sering inginkan cara yang paling mudah untuk memenuhi keperluan hiburan mereka, sekali gus mengorak laluan untuk platform penstriman ini.

Pun begitu, pertambahan jumlah perkhidmatan OTT di pasaran akan mengakibatkan ketepuan dan seterusnya menjadikannya semakin terpisah dan mahal.

Atas sebab itu Astro meraikan kerjasama dengan pemain OTT global seperti Netflix, Disney+, Hotstar, iQiYi, TVBAnywhere+ dan HBO GO. Hal ini kerana pelanggan tidak begitu menggemari membayar sejumlah perkhidmatan langganan penstriman secara berasingan.

Astro juga mensasrkan untuk menambah lebih banyak perkhidmatan langganan penstriman globalnya melalui BeIN Sports Content, BBC iPlayer dan Zee 5 tidak lama lagi.

Tambah Smith lagi, Astro sentiasa menginovasi serta melancarkan produk dan perkhidmatan baharu yang menarik untuk pelanggan dan berkaitan dengan keperluan masa kini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.