Utama Android vivo vivo V25 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia 20 September ini

vivo V25 Pro akan hadir ke pasaran Malaysia 20 September ini

468
0
vivo-v25-pro-KV

vivo telah melancarkan dua telefon pintar di bawah siri V25 di Malaysia beberapa minggu yang lalu iaitu V25 dan V25e. Kini, model yang lebih tinggi di dalam siri ini vivo V25 Pro pula telah disenaraikan di dalam laman web rasmi vivo Malaysia dan akan dilancarkan secara rasminya pada 20 September 2022.

vivo V25 Pro menawarkan paparan AMOLED 6.56-inci dengan resolusi 2376×1080 dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Jika model standard V25 dan V25e menyediakan paparan yang rata, versi Pro hadir dengan bucu yang melengkung bersama-sama pengimbas cap jari terbina bawah paparan. Ia juga hadir dengan antaramuka Funtouch IS 12 berasaskan Android 12.vivo-v25-pro-starlight black

Telefon pintar baharu dari vivo ini juga menggunakan MediaTek Dimensity 1300 yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Melalui sokongan RAM maya, telefon ini juga mampu menambahkan lagi RAM sehingga 4GB secara maya. Turut disediakan sokongan dwi-kad SIM, Bluetooth 5.2, sokongan Wi-Fi dwi-jalur dan NFC.vivo-v25-pro-kamera

Kamera belakangnya adalah sama dengan model standard siri ini dengan menampilkan kamera utama 64MP OIS, ultra-lebar 8MP, dan lensa makro 2MP. Pada sebelah hadapannya pula, kamera yang ditawarkan adalah berbeza iaitu 32MP dengan sokongan autofokus.

V25 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar 4,830mAh berbanding 4,500mAh sebelumnya. Sokongan pengecasan secara berwayarnya juga kini dinaiktaraf kepada sehingga 66W yang menurut vivio mampu mengecaskan dari sifar kepada 40% kapasiti dalam tempoh 15 minit.vivo-v25-pro-surfing blue changing

Harga vivo V25 Pro buat masa ini masih lagi belum diumumkan dan dijangka akan diumumkan pada hari pelancarannya, 20 September 2022. Berdasarkan harga vivo V25 standard RM1,799, model Pro ini dijangka hadir sekitar RM2,000. Ia akan hadir dengan pilihan warna Starlight Black dan Surfing Blue. Untuk pilihan warna Surfing Blue, ia turut menawarkan ciri unik boleh bertukar warna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.