Utama Mobile Aplikasi YouTube rancang tayangkan sehingga 5 Iklan yang tidak boleh dilangkau sebelum Video...

YouTube rancang tayangkan sehingga 5 Iklan yang tidak boleh dilangkau sebelum Video dimainkan

357
0
YouTube 5 Unskippable Ads

Bagi pengguna YouTube, anda mungkin mendapati iklan seringkali hadir pada permulaan sebelum video dimulakan atau ketika di tengah-tengah terutamanya yang tidak melanggan YouTube Premium. Iklan tersebut biasanya akan hadir satu atau dua kali dan pada kebiasaannya ia tidak boleh dilangkau.

Bagaimanapun, laporan terkini menyebut pengguna YouTube versi percuma akan dipertontonkan sehingga 5 iklan yang tidak boleh dilangkau sekaligus. Google kini dilihat sedang melakukan pengujian ciri tersebut pada YouTube dan dijangka akan diperkenalkan pada bulan ini.

Beberapa hari yang lepas, terdapat sejumlah bantahan dari pengguna YouTube percuma di forum Reddit dan juga Twitter. Kebanyakan pengguna berkenaan menyuarakan kini perlu menghadap sehingga lima iklan yang tidak boleh dilangkau berbanding hanya dua sahaja sebelum ini.

https://twitter.com/LoganC01962550/status/1567976567845830656?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1567976567845830656%7Ctwgr%5Eda3fd2bf28b44fae9ea4eb64ec6f830f706ca16c%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizchina.com%2F2022%2F09%2F13%2Fyoutube-is-testing-5-unskippable-ads-feature-making-millions-of-users-angry%2F

Sungguhpun tidak dinyatakan berapa lama tempoh bagi setiap iklan tersebut, salah seorang pengguna berkenaan di Twitter mendakwa terpaksa menonton “lima iklan yang panjang” dan tidak boleh dilangkau di dalam YouTube. Kebanyakan iklan hadir dalam tempoh sehingga 5 hingga 30 saat, dan tempoh maksima berkenaan pada kebiasaannya sudah dianggap terlalu panjang.

Rentetan dari rungutan yang disuarakan di atas platform tidak rasmi tersebut, Team YouTube telah menjelaskan menerusi satu hantaran yang dibalas di Twitter. Menurutnya, keadaan tersebut berlaku pada apa yang dinamakan sebagai “bumper ads”. Setiap iklan berkenaan dikatakan hanya ditayangkan  selama 6 saat sahaja sebanyak 5 kali dan ia tidak menjangkau lebih dari tempoh iklan biasa sehingga 30 saat.

Pihak YouTube juga meminta para pengguna agar menghantar segala aduan ke saluran yang betul di YouTube melalui bahagian “feedback”. Google turut berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan “bumper ads” baharu ini.

Berbalik kepada iklan tadi, para pengguna yang terkesan menyatakan tiada satu pun iklan-iklan yang ditayangkan tersebut boleh dilangkau dan perlu menghadap iklan-iklan yang menyampah sebelum dapat menonton video yang diinginkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.