Utama Mobile Aplikasi Astro perkenalkan 5 Saluran Percuma Baharu dengan Sokongan Iklan untuk Pengguna Sooka...

Astro perkenalkan 5 Saluran Percuma Baharu dengan Sokongan Iklan untuk Pengguna Sooka dan NJOI

41
0

Astro telah mengumumkan lima saluran Penstriman Televisyen Percuma dengan Sokongan Iklan (Free Ad-Supported Streaming Television, FAST) kepada pelanggannya. Ia hadir beberapa bulan selepas perkhidmatan penstrimannya, Sooka bekerjasama dengan Amagi untuk memperkenalkan saluran-saluran FAST ke dalam platformnya.

Sesuai dengan namanya, saluran-saluran tersebut boleh ditonton secara percuma tanpa langganan, namun anda perlu ‘melayan’ iklan-iklan yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Lima saluran baharu tersebut merupakan Filem Mantap, Drama Hebat, Drama Hotpot, Lawak Sentral, dan Travel & Taste. Drama Hotspot menawarkan pelbagai siri drama dalam pelbagai bahasa, manakala saluran kembara baharu menyediakan program-program yang memaparkan makanan di pelbagai lokasi menarik. Tiga lagi saluran penstriman baharu yang diperkenalkan pula menghidangkan pelbagai kandungan berbahasa Melayu.

Melalui penambahan baharu ini, pengguna Sooka dan NJOI kini boleh mengakses ke 19 saluran-saluran FAST, merangkumi:

  • Astro Awani
  • Astro Arena
  • TV 1
  • TV 2
  • ESTB
  • Tastemade
  • Gusto TV
  • K-POPCORN
  • EDGEsport
  • Infamous TV
  • YRF Music
  • Bollywood Prime
  • dan banyak lagi

Bagi anda yang berhasrat mengakses ke saluran-saluran VIP, anda perlu membeli pek langganan Sooka yang berharga dari RM12.90 untuk pas harian dan dari RM15.90 untuk pas bulanan. Selain itu, pelanggan NJOI sedia ada yang ingin mendapatkan lebih banyak saluran, anda boleh membeli Family Pack pada harga RM29.90 sebulan yang menawarkan akses ke 43 saluran premium.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.