Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Samsung Galaxy AI kelak mampu terjemahkan panggilan dalam masa nyata

Samsung Galaxy AI kelak mampu terjemahkan panggilan dalam masa nyata

361
0

Samsung sebelum ini pernah mengumumkan Gauss, kecerdasan buatan (AI) generatif buatannya sendiri yang hadir dengan sub-model Bahasa, Kod dan Imej. Tidak dapat dipastikan sama ada ia akan diperkenalkan kepada pasaran pengguna buat masa ini.

Namun gergasi teknologi dari Korea Selaatan ini telah mengumumkan pengaplikasinya ciri kecerdasan buatan berkenaan mungkin akan digunakan pada telefon pintar atau aksesori keluarannya. Ini berdasarkan pemilihan nama perkhidmatan tersebut yang dikenali sebagai Galaxy AI.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, Samsung mendakwa Galaxy AI ini “dikuasakan oleh AI atas peranti yang dibangunkan oleh Samsung dan AI berasaskan awanan oleh kerjasama terbuka dengan peneraju industri yang sama.” Perkara tersebut bagaimanapun tidak dijelaskan dengan lebih mendalam dan kemungkinan kerjasama yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada AI generatif Gauss.

Imej dari The Korea Times

Antara ciri utama yang diketetengahkan oleh Galaxy AI salah satunya adalah AI Live Translate Call yang disertakan bersama-sama ke dalam fungsi panggilan di dalam sesebuah telefon. Ia menyokong terjemahan audio dan teks dalam masa nyata ketika panggilan sedang dibuat.

Menurut Samsung, ciri tersebut dijalankan secara di atas peranti dan ia memberikan kelebihan dari segi perlindungan privasi. Dari segi teknikalnya, fungsi tersebut dilihat mungkin memerlukan peranti yang sesuai untuk membolehkan kedua-dua pihak yang menggunakan fungsi tersebut memanfaatkannya.

Samsung menyatakan Galaxy AI akan hadir “awal tahun depan” tanpa menyatakan tarikh serta peranti apa yang akan menyokongnya. Kemungkinan besar ia mungkin akan digunakan pada peranti atau aksesori yang menggunakan nama Galaxy. Namun, boleh jadi ia mungkin akan diperkenalkan pada perkakasan baharu yang akan diumumkan kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.