Utama Telco Astro Astro akan menyediakan dua saluran 4K UHD khas untuk UEFA Euro 2020

Astro akan menyediakan dua saluran 4K UHD khas untuk UEFA Euro 2020

377
0
Astro-Euro-2020

Asalnya dijadualkan berlangsung pada Jun 2020, namun UEFA terpaksa menunda ke Jun 2021 apabila wabak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

Astro baru-baru ini sekali lagi menyatakan komitmennya untuk menyiarkan kesemua 51 perlawanan Euro 2020 di dalam format 4K UHD, sama seperti yang diumumkan pada tahun lalu.

Pada masa yang sama, Astro turut akan menyediakan dua saluran 4K UHD khusus untuk kejohanan terbabit. Saluran yang diperuntukkan tersebut adalah 871 dan 872 untuk siaran langsung dan ulangan perlawanan Euro 2020.

Menurut laman soalan-soalan lazim Astro, pelanggan boleh mengakses ke saluran 871 pada 10 Jun, manakala saluran 872 pula akan dibuka bermula 20 Jun. Pengguna perlu memiliki set Astro Ultra Box untuk menonton Euro 2020 di dalam format 4K UHD.

Untuk saluran 810 dan 809 pula yang dikhaskan untuk siaran HD, akan mula bersiaran pada 1 Jun ini. Selain menyiarkan kesemua 51 perlawanan kejohanan, saluran-saluran HD ini akan turut menyiarkan perlawanan persahabatan dan kelayakan. Selain itu, turut disiarkan sorotan perlawanan dan rancangan berbentuk majalah.

Para pelanggan juga boleh mengikuti kesemua perlawanan Euro 2020 dan kandungan berkaitan menerusi aplikasi Astro GO. Akses ke siaran Euro 2020 boleh didapati menerusi langganan Astro Sports Pack.

Bagi meraikan kejohanan ini, Astro turut memberikan sejumlah 51 unit TV 4K UHD kepada pelanggan-pelanggannya yang bertuah menjelang hari kejohanan. Untuk info lanjut, kunjungi laman web rasmi Astro.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.