Utama Mobile Aplikasi MySejahtera perkenalkan fungsi eksport cetakan Sijil Vaksinasi dalam format PDF

MySejahtera perkenalkan fungsi eksport cetakan Sijil Vaksinasi dalam format PDF

44
0

Kemaskini baharu aplikasi MySejahtera pada hari ini telah menyediakan fungsi mengeksport sijil vaksinasi digital pengguna ke format PDF untuk cetakan. Ia bertujuan memudahkan pengguna menunjukkan bukti secara fizikal telah divaksinasi kepada pihak berkuasa.

Anda yang ingin mencetak sijil vaksinasi ini boleh melakukannya seperti berikut:

  • Pergi ke bahagian profil
  • Tatal (scroll) ke bahagian bawah sehingga muncul paparan bukti vaksinasi digital
  • Tekan butang muat turun
  • Aplikasi akan menjanakan sijil vaksinasi anda dalam bentuk PDF dan akan mengeluarkan notifikasi sesudah ia selesai
  • Tekan butang muat turun sekali lagi dan anda boleh memilih sama ada ingin menyimpan sijil vaksinasi PDF berkenaan atau terus mencetaknya

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya ditawarkan kepada pengguna-pengguna peranti iOS sahaja. Tidak dapat dipastikan bilakah pengguna MySejahtera yang menggunakan Android dapat menerima kemaskini ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.