Home Mobile Aplikasi Apple Watch kini boleh menstrimkan Spotify tanpa iPhone

Apple Watch kini boleh menstrimkan Spotify tanpa iPhone

14
0

Ketika ini terdapat banyak peranti boleh pakai yang menyokong Spotify. Bagaimanapun, fungsi penggunaan Spotify berkenaan tidak sama antara peranti-peranti yang menyediakannya dengan Apple Watch menawarkan fungsi yang paling unik.

Menerusi Apple Watch, pengguna boleh menikmati alunan muzik dari Spotify secara penstriman terus tanpa melalui iPhone.

Fungsi ini mula diketemukan sejak dari September lalu dan mula disediakan kepada pengguna-pengguna Apple Watch awal minggu ini.

Para pengguna peranti boleh pakai ini tidak perlu melakukan apa-apa untuk mendapatkan fungsi ini dan hanya perlu menunggu ianya muncul pada peranti. Pun begitu, fungsi ini hanya ditawarkan kepada pengguna Spotify Premium sahaja.

Untuk mengaktifkan fungsi pilihan ini, pengguna perlu mengetik pada ikon peranti pada bahagian bawah sebelah kanan aplikasi Spotify dan pilih Apple Watch di dalam paparan “Play on a device“.

Fungsi ini bagaimanapun masih lagi diperingkat beta walaupun dibuka kepada para penggunanya. Justeru dijangkakan ianya mungkin terdapat beberapa isu ketika penggunaannya.

Selain itu, fungsi ini hanya boleh digunakan jika mempunyai capaian internet sama ada melalui Wi-Fi atau data mudah alih. Aplikasi Spotify pada Apple Watch buat masa ini masih lagi belum menyokong main semula luar talian.

Bagi pengguna Apple Watch yang ingin menggunakan Spotify luar talian, pilihan yang ada ketika ini adalah dengan melalui perkhidmatan penstriman muzik lain seperti Apple Muzik atau Pandora.

Sumber berita diperoleh dari 9to5Mac

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.