Home Komputer Permainan PS5 hadir ke Malaysia 11 Dis ini; Harga dari RM1,869

PS5 hadir ke Malaysia 11 Dis ini; Harga dari RM1,869

16
0

Sony Interactive Entertainment baru-baru ini telah mengesahkan tarikh kemasukan PlayStation 5 ke pasaran Malaysia. Menurutnya, konsol generasi terbaru berkenaan akan tiba di pasaran Malaysia pada 11 Disember 2020 ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan melalui laman rasmi Sony Interactive Entertainment Malaysia, konsol ini turut didatangkan bersama-sama aksesorinya. Antaranya termasuklah alat kawalan DualSense, set kepala Pulse 3D dan alat kawalan jauh pemain media.

Turut dimaklumkan, judul-judul permainan khusus untuk PlayStation 5 akan dijual pada harga sekitar RM209 hingga RM299.

Buat masa ini terdapat hanya sebuah kedai permainan berkomputer tempatan yang menjual konsol ini. Unit yang diimport terus dari Hong Kong berkenaan bagaimanapun dijual pada harga yang agak tinggi.

Unit PlayStation 5 yang bakal memasuki pasaran Malaysia 11 Disember kelak boleh didapati pada harga RM2,299. Bagi model Digital Edition pula, harga yang ditawarkan adalah RM1,869.

Bagi aksesorinya pula, DualSense dijual pada RM349, manakala set kepala Pulse 3D pula dijual pada harga RM469. Seterusnya untuk set kamera HD, alat kawalan jauh media dan stesen pengecas DualSense, harga masing-masing adalah M279, RM149 dan RM149.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.