Home Telco Celcom Talian Celcom didapati mengalami Gangguan, Perkhidmatan Data turut terkesan

Talian Celcom didapati mengalami Gangguan, Perkhidmatan Data turut terkesan

Dia buat hal lagi.

16
0

Lebih kurang sebulan selepas mengalami gangguan capaian besar-besaran, sebahagian pengguna Celcom kini dilaporkan mengalami masalah yang sama sekali lagi. Berdasarkan aduan, masalah ini mula dikesan sejak awal pagi ini.

Di Twitter, kata kunci Celcom sedang sohor kini dan sesetengah pengguna mengadu tidak boleh membuka laman web dan juga Google. Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti YouTube, Grab dan Food Panda turut mengalami masalah yang sama.

Berdasarkan ciapan dari pengguna di Twitter, perkhidmatan data Celcom tidak bermasalah sepenuhnya. Beberapa aplikasi lain seperti Facebook masih lagi boleh diakses.

Setakat ini, rangkaian perkhidmatan telekomunikasi lain yang menggunakan infrastruktur Celcom seperti Yoodo masih lagi boleh digunakan tanpa masalah.

Turut dilaporkan pihak Celcom telah mengambil maklum mengenai situasi ini dan telah mengambil langkah pemulihan secepat mungkin.

Pihak Celcom turut meminta para pelanggan yang terkesan supaya menghidupkan semula peranti masing-masing untuk memastikan masalah gangguan capaian berkenaan dapat dipulihkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.