Beberapa bulan lalu, salah satu fungsi yang dijangka akan dimuatkan ke dalam Apple Watch generasi berikutnya adalah pemantauan tahap gula (glukos) dalam darah. Fungsi ini kerap kali diperkatakan, cuma untuk kali ianya mungkin benar-benar menjadi kenyataan.

Akhbar The Telegraph dan Forbes melaporkan firma kesihatan dari UK, Rockley Photonics menyatakan Apple adalah pelanggan utamanya untuk tempoh dua tahun kebelakangan ini. Kenyataan tersebut telah ditemukan menerusi pemfailan SEC syarikat.

Ini kerana, Rockley menumpukan pembanguna sensor yang boleh mengesan tahap glukos, tekanan darah dan juga alkohol. Tidak dapat dipastikan jika Apple bekerjasama dengan Rockley atas tujuan lain selain pembangunan Apple Watch.

Apple dikatakan sedang berusaha menjadikan Apple Watch sebagai peranti sehenti yang boleh digunakan untuk perubahan dan kesihatan pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.