Utama Apple Apple dikatakan akan membawakan paparan berpenebuk lubang pada ‘iPhone 14’

Apple dikatakan akan membawakan paparan berpenebuk lubang pada ‘iPhone 14’

1048
0

Laporan mengenai kemungkinan Apple akan membawakan paparan berpenebuk lubang pada iPhone 14 bukanlah sesuatu yang baru. Kali ini, Mark Gurman, Editor khusus produk-produk Apple di Bloomberg turut menjangkakan perihal yang sama.

Tahun ini Apple dijangka akan memperkenalkan MacBook Air rekaan baharu dengan cip M2 dan juga pengecasan nirwayar bagi iPad Pro keluaran 2022.

Jika iPhone 14 akan didatangkan dengan paparan berpenebuk lubang, besar kemungkinan FaceID akan disediakan pada bawah paparannya. Apple telah pun mengusahakan teknologi tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dijangka akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini.

Mark Gurman juga mendakwa cip M2 baharu ini dijangka lebih pantas berbanding cip M1 dan akan mempunyai lapan-teras CPU dan 9 atau 10 teras GPU. Ini merupakan penambahan dari 8 teras GPU seperti yang terdapat pada MacBook Air versi sekarang ini.

Cip baharu yang dibangunkan sendiri Apple juga dijangka akan disediakan untuk Mac Pro. Manakala set kepala AR/VR pula dijangka akan membuat kemunculan sulungnya pada acara WWDC sekitar pertengahan tahun ini. Dalam pada masa yang sama, produk-produk lain seperti iPhone SE baharu dengan 5G serta Apple Watch rekaan ‘rugged’ turut diramal bakal dilancarkan pada tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.