Utama Android vivo Vivo Y21T dilancarkan secara rasminya dengan Snapdragon 680, kamera 50MP

Vivo Y21T dilancarkan secara rasminya dengan Snapdragon 680, kamera 50MP

528
0

Vivo Y21T telah dilancarkan secara rasminya hari ini dan telefon ini secara keseluruhannya bukanlah sebuah model baharu. Ia merupakan model Vivo Y21s yang berbeza dari segi jenis pemprosesan yang digunakannya.

Jika Vivo Y21s dikuasakan oleh MediaTek Helio G80. V21T pula hadir dengan Snapdragon 680. Paparan LCD beresolusi HD+ padanya pula berukuran 6.51-inci. Bagaimanapun, untuk V21T ini, NFC tidak disediakan seperti yang terdapat pada Y21s.

Dari segi antaramukanya, Y21T menyediakan Funtouch OS 12 berasaskan Android 11. Turut disediakan tiga slot di dalam dulangnya yang dikhususkan untuk menempatkan 2 kad SIM dan 1 kad mikroSD. Serta satu pengimbas cap jari di sebelah sisinya, satu port USB-C, bicu audio 3.5mm dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Sistem tri-kamera yang ditempatkan pada permukaan belakangnya mengandungi kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP.

Vivo Y21T hadir dengan RAM 6GB dengan storan 128GB. Dalam pada masa yang sama, RAM yang disediakan ini boleh ditambah 2GB lagi secara maya. Boleh didapati dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Pearl White, telefon ini dijual pada harga Rp 3.099.000 (~RM909).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.