Utama Apple Siri iPhone 13 secara rasminya mula dijual di Malaysia hari ini

Siri iPhone 13 secara rasminya mula dijual di Malaysia hari ini

486
0

Siri iPhone 13 –  iPhone 13 MiniiPhone 13iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max telah mula dijual di pasaran Malaysia hari ini.

iPhone baharu ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A15 Bionic bersama-sama paparan Super Retina XDR yang dipertingkatkan. Bagi model Pro siri ini pula menawarkan kelebihan uniknya, ProMotion.

Sungguhpun rekaan untuk keempat-empat model ini tidak begitu ketara perubahannya, Apple telah mengurangkan saiz takuknya sehingga 20%. Selain itu, lensa-lensa kamera utamanya juga telah diubah kedudukannya pada iPhone 13 dan iPhone 13 mini.

Kameranya juga dilengkapi dengan fungsi OIS, Cinematic Mode, Photographic Styles dan Smart HDR 4. Bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, model ini turut menawarkan lensa telefoto yang menykong zum optikal 3x.

Apple juga menjanjikan jangka hayat bateri yang lebih panjang bagi seluruh iPhone 13 baharu keluarannya.

Harga bagi iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max

iPhone 13 mini (5.4-inci)

  • 128GB: RM3,399
  • 256GB: RM3,899
  • 512GB: RM4,799

iPhone 13 (6.1-inci)

  • 128GB: RM3,899
  • 256GB: RM4,399
  • 512GB: RM5,299

iPhone 13 Pro (6.1-inci)

  • 128GB: RM4,899
  • 256GB: RM5,399
  • 512GB: RM6,299
  • 1TB: RM7,199

iPhone 13 Pro Max (6.7-inci)

  • 128GB: RM5,299
  • 256GB: RM5,799
  • 512GB: RM6,699
  • 1TB: RM7,599

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.