Utama Apple Apple iPhone 15 Pro dan Pro Max dilancarkan; Guna Cip Apple A17...

Apple iPhone 15 Pro dan Pro Max dilancarkan; Guna Cip Apple A17 Pro, Port USB-C, Kerangka Titanium, Harga dari RM5,499

262
0

Bersama-sama pelancaran siri iPhone 15, Apple turut melancarkan siri iPhone 15 Pro menerusi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Menampilkan cipset baharu Apple A17 Pro dengan 6 teras GPU, kerangka titanium premium, port USB-C dan banyak lagi.

Penambahbaikan paling ketara adalah pada penggunaan cipset baharu Apple A17 Pro dengan 6 teras GPU yang menggunakan proses pembuatan 3nm yang dikatakan mampu memanjangkan usia penggunaan bateri perantinya.

Apple juga mempertontonkan keupayaan pemprosesan ini memainkan permainan bertaraf konsol seperti Death Stranding dan Resident Evil 4 Remake.

Selain itu, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max juga mempunyai kerangka titanium premium dengan kemasan kaca matte bertekstur pada permukaan belakangnya.

Berbeza dengan model standard, model Pro mempunyai Action Button Tersuai yang boleh bertukar-tukar pelbagai fungsinya dengan hanya menekan dan memegangnya.

Seperti biasa, Pro menawarkan paparan 6.1-inci dengan Pro Max menawarkan paparan 6.7-inci. Kedua-duanya menggunakan paparan Super Retina XDR Always-On dan menggunakan teknologi ProMotion bersama-sama ciri Dynamic Island.

Sokongan USB 3.0 Type C pada iPhone 15 Pro

Paparan iPhone 15 Pro juga berkeupayaan meningkatkan tahap kecerahannya kepada 2,000 nits apabila berada di luar bangunan. Untuk siri Pro, port USB-C yang digunakan padanya menyokong USB 3 dengan kelajuan pemindahan data sehingga 20 kali ganda lebih pantas.

Sistem tri-kamera iPhone 15 Pro juga menjadi tarikan utama dengan kamera utama 48MP bersama-sama OIS, kamera telefoto 12MP dengan OIS dan zum optikal 3z, serta kamera ultra-lebar 12MP bersama-sama pengimbas TOF 3D LiDAR.

Menurut Apple, pihaknya menawarkan keupayaan bertukar-tukar di antara 24mm, 28mm, dan 35mm dengan 4 kali lebih resolusi. iPhone 15 Pro Max juga menggunakan rekaan tetraprism untuk penstabilan yang lebih baik bersama-sama zum optikal 5x pada 120mm.

Anda juga boleh mengambil foto makro dengan tangkapan ProRAW 48MP. Sama seperti model standard, iPhone 15 Pro juga menyediakan sokongan Night Mode dan Smart HDR serta pilihan mengubah foto berkedalaman secara automatik tanpa perlu set kepada Portrait Mode.

Untuk anda yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah bermula dari 22 September 2023 dan mula menemukannya di pasaran pada 29 September 2023.

Harga iPhone 15 Pro di Malaysia

  • Apple iPhone 15 Pro 128GB – RM5499
  • Apple iPhone 15 Pro 256GB – RM5999
  • Apple iPhone 15 Pro 512GB – RM6999
  • Apple iPhone 15 Pro 1TB     – RM799

iPhone 15 Pro Max di Malaysia

  • Apple iPhone 15 Pro Max 256GB – RM6499
  • Apple iPhone 15 Pro Max 512GB – RM7499
  • Apple iPhone 15 Pro Max 1TB     – RM8499

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.