Utama Mobile Aplikasi Platform e-Dagang Terkini, Temu dilancarkan secara rasminya di Malaysia

Platform e-Dagang Terkini, Temu dilancarkan secara rasminya di Malaysia

59
0

Temu, tempat jual beli secara dalam talian oleh gergasi e-dagang China, Pinduoduo secara rasminya dilancarkan di Malaysia. Syarikat berkenaan dilaporkan telah menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menawarkan platform berkenaan sejak 8 September lalu. Tiga minggu yang lepas, platform tersebut telah pun memasuki Filipina.

Ini seterusnya menjadikan Malaysia negara kedua yang menjadi sasaran Temu dan menjadikan jumlah keseluruhan 40 buah negara yang menyokongnya.

Plafrom membeli-belah dalam talian berkenaan menawarkan produk-produk yang kebanyakannya dihantar dari China pada harga yang amat rendah.

Antara tarikan utama Temu adalah tawaran pemulangan semula secara percuma dalam tempoh 90 hari dengan pelarasan harga. Hampir semua item dirangkum dalam tawaran tersebut kecuali yang sudah digunakan atau pakaian yang tidak lengkap, item yang dilabelkan sebagai tidak boleh dipulangkan semula dan cenderahati percuma.

Hanya pemulangan pertama bagi setiap pesanan sahaja yang percuma. Untuk pemulangan kedua dan seterusnya dari pesanan yang sama pula akan dikenakan bayaran penghantaran RM8.50.

Berhubung dengan pelarasan harga, Temu akan menebus semula kepada pelanggan beza harga jika item yang dibeli dikurangkan harga dalam tempoh 30 hari pembelian dibuat. Pesanan yang dikecualikan dari polisi ini merangkumi item penghabisan stok, promosi atau tidak lagi dijual.

SUMBERThe Low Down
Artikel sebelum iniApple iPhone 15 Pro dan Pro Max dilancarkan; Guna Cip Apple A17 Pro, Port USB-C, Kerangka Titanium, Harga dari RM5,499
Artikel seterusnyaXiaomi secara rasminya akan melancarkan siri Redmi Note 13 Pro pada 21 September 2023
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.