Utama Teknologi Miliki HONOR 90 Lite 5G hari ini dengan harga mampu milik untuk...

Miliki HONOR 90 Lite 5G hari ini dengan harga mampu milik untuk rakyat Malaysia, serendah RM 200 hanya dengan Pakej 5G Rahmah

247
0
Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite

KUALA LUMPUR, 13 September 2023 – Berita baik bagi rakyat Malaysia! Miliki HONOR 90 Lite 5G hari ini pada harga serendah RM 200! Terbuka untuk semua rakyat Malaysia, Pakej 5G Rahmah merupakan inisiatif kerajaan dalam menawarkan pakej perkhidmatan internet mampu milik, termasuk pelan data 5G sebanyak 60GB.

HONOR 90 Lite antara salah satu pilihan yang ditawarkan, dan peminat boleh memilikinya serendah RM 58 sebulan! Lihat butiran penuh pilihan pakej pelan yang ditawarkan seperti di bawah: 

PelanHarga perantiPelan bulananStoran
Celcom XPAX Postpaid 60RM239RM60150GB 5G/4G, Panggilan tanpa had
DiGi Pakej PowerJimat  60RM239RM6060GB 5G/4G, Panggilan tanpa had
Hotlink Postpaid 5GRM239RM70, rebat bulanan RM10 untuk 24 bulan105GB (70GB : 4G/5G + 35GB Bonus 5G) 

*Hotspot Ultra 5G percuma

*Data perayauan percuma – Singapura, Indonesia, Thailand

U Mobile 

U Postpaid 68

RM240RM58, rebat bulanan RM10 untuk 24 bulan200GB 5G/4G, Panggilan tanpa had

*Hotspot Ultra 5G percuma

*Data perayauan percuma – Singapura, Indonesia, Thailand

Yes Infinite Basic Rahmah 58RM200RM58Data tanpa had 5G + 4G, Panggilan tanpa had

Berdasarkan beberapa pilihan yang ditawarkan, mari lihat sebab-sebab HONOR 90 Lite 5G perlu menjadi pilihan utama anda dari segi kepantasan, kecekapan, dan mampu dimiliki. Tingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon pintar mampu milik dengan HONOR 90 Lite 5G yang menjanjikan kamera ultra jelas, paparan keselesaan mata, kapasiti memori besar dan pengecasan pantas.

  1. Kamera Ultra Clear 100MP: Pengalaman fotografi terbaik dalam kelasnya

Untuk merakam detik-detik terindah dalam hidup, HONOR 90 Lite 5G paling menyerlah. Hadir dengan binaan tiga kamera dan peneraju Kamera Ultra Clear 100MP, memastikan gambar anda jelas dan butirannya terang. Ucapkan selamat tinggal kepada foto kabur dan selamat datang ke era baharu fotografi. Dengan HONOR 90 Lite 5G di tangan, kreativiti anda kini tidak terbatas.

  1. Paparan Keselesaan Mata 6.7″: Penjagaan keselamatan pengguna

Penjagaan kesihatan anda adalah penting, disebabkan itu HONOR menggabungkan teknologi Paparan Keselesaan Mata dalam HONOR 90 Lite 5G. Memiliki ciri-ciri Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan Flicker-Free, mata anda dilindungi, membolehkan anda menikmati telefon pintar berjam-jam tanpa mengalami masalah ketegangan mata. Dimantapkan lagi dengan Paparan Malam Sirkadia, ciri-ciri ini menambah baik kualiti tidur dengan menggalakkan rembesan hormon melatonin. Ditambah pula dengan Pemalapan Dinamik yang mengurangkan keletihan mata sehingga 18%. Anda memiliki kuasa untuk mengubah suai pengalaman pemandangan dengan pilihan seperti Keselesaan Mata, Mod E-Book, dan Mod Gelap. Kami prihatin terhadap keselamatan dan keselesaan anda! 

  1. Memori dan Penstoran Besar: 13 (8+5) GB + 256 GB

HONOR 90 Lite 5G memperkasakan anda dengan keupayaan pelbagai tugas yang mengagumkan. Mampu menyimpan sehingga  57,808 gambar, 22,322 lagu, atau 892 video HD. Dengan HONOR RAM Turbo, RAM 8GB anda boleh diperbesarkan sehingga 13GB, memastikan prestasi lancar sama ada ketika bermain game atau melakukan pelbagai tugas. Pengembaraan digital anda pastinya berjalan lebih lancar berbanding sebelumnya.

  1. Gabungan Ringan dan Berkuasa: Lihat Lebih Dekat

Hanya senipis 7.48mm dan berat sekadar 179g, HONOR 90 Lite 5G mencerminkan keanggunan dan ringan, menjadikannya senang untuk dibawa ke mana sahaja. Harungi kehidupan seharian anda penuh yakin dengan bateri 4500mAh yang menawarkan penstriman muzik sehingga 15 jam, 14.4 jam video tanpa henti, 20.5 jam melayari video pendek, atau meneroka media sosial sehingga 16 jam. Sebagai negara yang penduduknya menggunakan telefon pintar pada kadar tinggi, anda tidak perlu risau kerana HONOR Super Charge 22.5W akan memastikan anda kekal berkuasa dengan gaya hidup yang aktif.

Serlahkan kuasa HONOR 90 Lite dengan 5G Rahmah: Pilihan Utama Anda

Jadi inilah dia! Raikan perhubungan masa hadapan dan nilai dengan Pakej 5G Rahmah – dengan HONOR 90 Lite 5G – apabila inovasi menjadi mampu milik, dan pengalaman digital anda diberi nafas baharu. Rakyat Malaysia, usah tunggu lagi dan dapatkan HONOR 90 Lite 5G mampu milik yang eksklusif hari ini. 

Maklumat lanjut tentang pelan 5G Rahmah, HONOR 90 Lite 5G dan lain-lain perkara mengenai HONOR, layari kami di: https://www.hihonor.com/my/phones/honor-90-lite/.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.