Apple iOS 14-5

Apple telah melancarkan kemaskini iOS 14.5 untuk iPhone bersama-sama kemaskini iPadOS 14.5 dan watchOS 7.4. Kemaskini terbaru ini membawakan pelbagai fungsi baharu kepada para pengguna.

Antara fungsi baharu yang diperkenalkan adalah anda boleh menyahkunci iPhone dengan menggunakan Apple Watch jika sedang memakai pelitup muka. Pilihan baharu ‘Unlock with Apple Watch’ telah dimasukkan ke dalam tetapan iPhone.

Ianya akan menyahkunci iPhone dan Apple Watch anda secara automatik jika anda sedang memakai pelitup muka. Fungsi terbaru ini memerlukan anda mengemaskini ke versi watchOS 7.4. Apple iOS 14-5 watch Unlock

Turut diperkenalkan fungsi baharu ‘App Tracking Transparency’ yang membolehkan anda mengawal aplikasi apa dibenarkan untuk menjejaki aktiviti anda pada semua aplikasi dan iklan laman web untuk berkongsikan data dengan pihak ketiga.Apple iOS 14-5 app not to track

Sebaik kemaskini ini dipasangkan, apalikasi-aplikasi yang menjejaki anda dikehendaki meminta permohonan kebenaran perkongsian maklumat aktiviti untuk dijejaki.

iOS 14.5 juga telah menambahkan sokongan untuk AirTag. Ini turut merangkumi pengaktifan fungsi perkakasan yang membenarkan anda menjejak peranti AirTag dan kemaskini aplikasi Find My untuk membantu anda mengesannya.

Siri juga telah menerima kemaskini dengan lebih pilihan suara baharu. Kini terdapat 14 pilihan suara berbeza berdasarkan negara dan jantina. Selain itu, Siri juga boleh membuat pengumuman panggilan masuk dan nama pemanggilnya.

Bagi anda yang memakai AirPods atau fon kepala Beats yang serasi, anda boleh menjawabnya secara bebas-tangan. Juga, anda kini boleh menghubungi nombor kecemasan menggunakan Siri.

Bateri iPhone juga akan dilakukan rekalibrasi (recalibration) menerusi kemaskini iOS 14.5 ini. Ianya akan menunjukkan keadaan kesihatan bateri dengan lebih tepat. Fungsi ini hanya boleh didapati pada siri iPhone 11 sahaja.Apple iOS 14-5 new emoji

Lain-lain penambahbaikan termasuklah emoji baharu, perkongsian lirik menerusi Apple Music, aplikasi Podcast baharu, aplikasi News yang diberi rekaan semula baharu, peningkatan ketersambungan 5G, sokongan untuk alat pengawal Xbox Series X|S dan PlayStation 5 serta banyak lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.