WhatsaApp kini sedang menguji fungsi mesej menghilang (Disappearing Message) dalam tempoh 24 jam pada Android, iOS dan web/desktop.

Aplikasi permesejan popular ini telah pun menawarkan pilihan yang membolehkan pengguna menetapkan mesej menghilang dalam tempoh 7 hari.

Berdasarkan laporan dari WABetaInfo, WhatsApp akan menambah pilihan tempoh mesej menghilang 24 jam yang baharu ke dalam pilihan sedia ada 7 hari berkenaan.

WhatsApp sebelum ini hanya membenarkan pentadbir kumpulan borak WhatsApp sahaja mengawal fungsi mesej menghilang.

Baru-baru ini, WhatsApp menerusi kemaskini terbarunya di dalam iOS membenarkan kesemua ahli di dalam kumpulan WhatsApp untuk ubah tetapan mesej menghilang secara lalai. WhatsApp juga dilaporkan sedang menguji keupayaan foto menghilang untuk kedua-dua platform Android dan iOS.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.