Beirkutan pengumuman rasminya yang dibuat pada bulan lepas, Disney+ Hotstar telah mula bersiaran secara rasminya di Malaysia hari ini. Laman web rasmi Disney+ Hotstar Malaysia kini telah membenarkan pengguna mengakses ke kandungan di dalam perkhidmatannya.

Selain itu, Disney+ Hotstar juga telah melancarkan aplikasi rasminya untuk pengguna-penggunanya di Malaysia menerusi Google Play dan Apple App Store.

Harga langganannya masih lagi sama seperti yang diumumkan pada bulan lepas iaitu RM 54.90 untuk tiga bulan. Lebih kurang RM 18.90 sebulan. Tetapi, buat masa ini tiada pilihan langganan lain disediakan buat masa ini selain dari penawaran yang dinyatakan tadi.

Pelanggan Astro yang mempunyai Pek Movie boleh mendapatkan akses Disney+ Hotstar dengan membuat pengaktifan di laman web Astro bermula dari jam 12.00 tengah malam tadi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.