Utama Apple Samsung dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Apple untuk menjadi pembekal cip M2

Samsung dilapor sedang mengadakan perbincangan dengan Apple untuk menjadi pembekal cip M2

656
0
Cip Apple M2 Samsung

Sebelum ini Samsung pernah dilapor akan menjadi pembekal panel OLED eksklusif untuk Apple iPhone 14 Pro. Kini, kedua-dua syarikat berkenaan dilihat akan mengadakan kerjasama yang lebih erat apabila Samsung dikatakan sedang mengadakan perbincangan dengan Apple untuk menjadi pembekal cip M2 yang akan datang.

Business Korea melaporkan Samsung Electro-Mechanics sedang berusaha untuk membekalkan substrat flip-chip-ball grid array (FC-BGA) bagi cip Apple M2 yang akan datang. Substrat FC-BGA merupakan substrat pakej semikonduktor berintegrasi tinggi yang digunakan untuk unit CPU dan GPU yang memerlukan sambungan litar berketumpatan tinggi sepertimana Apple Silicon.

Laporan berkenaan juga mengatakan Samsung sedang membangunkan sebuah papan pakej semikonduktor yang selari dengan jadual pengeluaran peranti baharu Apple. Kemungkinan besar peranti berkenaan dikuasakan oleh cip M2 baharu.

Bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat disahkan memandangkan kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. Berdasarkan hubungan yang pernah dijalinkan antara kedua-dua syarikat sebelum ini, perkara sebegini tidak mustahil untuk berlaku.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.