Pratonton Android 12 telah mula diluncurkan dan telah membawakan pelbagai pembaharuan termasuk sokongan untuk imej berformat AV1 Image File Format (AVIF). Imej format ini memberikan kenaikan mendadak pada kualiti imej dengan saiz yang kecil.

AVIF merupakan format fail imej yang menggunakan pemampatan AV1 yang disimpan di dalam penyimpan HEIF. Kaedah pemampatan AV1 merupakan format pengekodan video sumber terbuka, bebas royalti yang direka untuk transmisi video pada Web).

Kualiti dan ruang storan yang dapat dimanfaatkan oleh AVIF berbanding JPEG dapat dilihat pada imej berikut;

Gambar asal beresolusi 1920 x 1080. Foto oleh Jake Archibald, dilesenkan di bawah CC BY 2.0.
JPEG (20.7 kB)
AVIF (18.2 kB)

AVIF turut menyokong high dynamic range (HDR), 8/10/12-bit color depth, lossless/lossy compression, monochrome (alpha/depth) atau multi-components, penggunaan sebarang ruangan warna, 4:2:0/4:2:2/4:4:4 chroma subsampling, dan film grain.

Spesifikasi AVIF versi 1.0.0 telah dimuktamadkan pada Februari 2019. Format berkenaan telah mula diterima secara meluas. Antara yang mengumumkan sokongan untuk format berkenaan termasuklah Microsoft (untuk Windows 10), Darktable, GIMP, Cloudflare, dan Google (untuk Chrome).

Sungguhpun Android 12 akan menyokong format AVIF, Google tidak merancang untuk menjadikannya format imejnya secara default sepertimana yang dilakukan oleh Apple dengan HEIF pada iOS 11.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.