Microsoft telah mengumumkan Office keluaran berikutnya akan hadir dalam tahun ini. Hadir dengan nama Microsoft Office 2021, perisian produktiviti ini akan hadir ke Windows (32-bit dan 64-bit) dan peranti macOS.

Perisian versi ini merupakan jenis Microsoft Office dengan lesen abadi yang berbeza dengan Microsoft Office 365 yang berasaskan langganan.

Microsoft tidak memperincikan perubahan terbaru yang dibawakan oleh Microsoft Office 2021. Namun, menyebut akan menyediakan sokongan Mod Gelap (dark mode) dan juga menambah Dynamic Arrays dan XLOOKUP ke dalam Excel.

Kedua-duanya iaitu Office 2021 dan Office LTSC (long-term servicing channel, saluran penyelenggaraan jangka panjang) untuk perusahaan menerima sokongan sehingga 5 tahun. Ini berbeza dengan sokongan untuk perisiannya yang terdahulu yang menyokong sehingga 7 tahun.

Harga bagi Office Professional Plus dan Standard, dan juga setiap aplikasinya dijangka mengalami kenaikan sebanyak 10%. Bagi versi lain, harganya mungkin tidak berubah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.