Home Komputer AMD AMD U-Turn keputusan buang Sokongan CPU Ryzen 4000 pada Motherboard B450, X470

AMD U-Turn keputusan buang Sokongan CPU Ryzen 4000 pada Motherboard B450, X470

142
0

Menerusi perkembangan terkini, AMD telah berpatah balik dengan keputusannya mengenai ketersuaian ke belakang (backward compatibility).

Pengeluar CPU dan GPU ini kini telah mengambil keputusan untuk membolehkan CPU desktop Zen 3 dan Ryzen 4000 disesuaikan pada papan induk (motherboard) sedia ada B450 dan X470.

Ketersesuaian ini boleh dibuka menerusi pilihan kod AGESA yang akan disediakan oleh AMD kepada pihak pembekal papan induk. Ini bermaksud, pengguna perlu memasangnya secara manual kod berkenaan menerusi kemaskini BIOS untuk papan induk. Selain itu, kemaskini pilihan BIOS ini juga merupakan langkah one-off, yang bermakna, pengguna tidak boleh berpatah balik ke tetapan BIOS lama.

Apa yang perlu diambil kira adalah, sungguhpun membuat ‘flashing’ pada papan induk B450 dan X470 akan membuka ketersuaian dengan CPU baru, anda tidak boleh lagi menggunakan antara muka PCIe 4.0 selepas itu. Cumanya, apa yang diketahui setakat ini papan induk berkenaan tidak menyediakan antara muka tersebut.

Ini bukanlah kali pertama AMD melaksanakan ketersuaian ke belakang CPU dan papan induknya dengan produk-produk keluaran terkini.

Ketika CPU desktop Ryzen Generasi Ke-2 dilancarkan dahulu, pengguna diberikan pilihan untuk menggunakannya pada papan induk X370 and B350. Untuk membolehkan ianya digunakan, pengguna perlu melakukan flashing sendiri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Keputusan terbaru dari AMD ini dibuat selepas menerima pelbagai pandangan di kalangan para penggunanya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.